Connect with us

Antarabangsa

Pengasas organisasi LGBT+ didakwa kes rogol, 37 kesalahan seksual kanak-kanak

Penaung badan amal LGBT+ yang menggalakkan kanak-kanak kecil mempersoalkan jantina mereka didakwa atas kesalahan penderaan seks kanak-kanak, termasuk rogol.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penaung badan amal LGBT+, Stephen Ireland.
  • Penaung badan amal LGBT+ yang menggalakkan kanak-kanak kecil mempersoalkan jantina mereka didakwa atas kesalahan penderaan seks kanak-kanak, termasuk rogol.
  • Stephen Ireland, 40, dituduh merogol kanak-kanak, melakukan beberapa serangan seksual, voyeurisme (mengintai orang telanjang), membuat gambar tidak senonoh anak muda dan merancang penculikan kanak-kanak, lapor Daily Mail.
  • Ireland yang disenaraikan sebagai pengarah Pride in Surrey (organisasi LGBT+) sehingga Jun lalu itu hadir di mahkamah pada Khamis atas tuduhan melakukan kesalahan dalam tempoh dua tahun dari Ogos 2022 hingga bulan lalu.
  • Di mahkamah, dia ditemani David Sutton, 26, seorang bekas sukarelawan Pride in Surrey yang juga dituduh melakukan voyeurisme, memiliki pornografi melampau, konspirasi menyerang kanak-kanak secara seksual dan merancang menculik seorang anak muda.
  • Pasangan dari Addlestone di Surrey itu ditangkap pada Rabu dan sejak itu ditahan reman sehingga kehadiran semula di mahkamah pada 12 September.

Penaung badan amal LGBT+ yang menggalakkan kanak-kanak kecil mempersoalkan jantina mereka didakwa atas kesalahan penderaan seks kanak-kanak, termasuk rogol.

Stephen Ireland, 40, dituduh merogol kanak-kanak, melakukan beberapa serangan seksual, voyeurisme (mengintai orang telanjang), membuat gambar tidak senonoh anak muda dan merancang penculikan kanak-kanak, lapor Daily Mail.

Ireland yang disenaraikan sebagai pengarah Pride in Surrey (organisasi LGBT+) sehingga Jun lalu itu hadir di mahkamah pada Khamis atas tuduhan melakukan kesalahan dalam tempoh dua tahun dari Ogos 2022 hingga bulan lalu.

Di mahkamah, dia ditemani David Sutton, 26, seorang bekas sukarelawan Pride in Surrey yang juga dituduh melakukan voyeurisme, memiliki pornografi melampau, konspirasi menyerang kanak-kanak secara seksual dan merancang menculik seorang anak muda.

Pasangan dari Addlestone di Surrey itu ditangkap pada Rabu dan sejak itu ditahan reman sehingga kehadiran semula di mahkamah pada 12 September depan.

Ireland mendakwa dirinya penaung Educate and Celebrate di media sosialnya, badan amal LGBT+ kontroversi yang menggalakkan anak kecil mempersoalkan jantina mereka.

Ireland disenaraikan sebagai pengasas dan pengarah Pride in Surrey, sebuah badan amal yang menganjurkan perarakan Pride tahunan dan acara LGBT+. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *