Antarabangsa
Pemimpin Taliban wajibkan penjawat awam solat jemaah
Pemimpin Taliban, Hibatullah Akhundzada mengeluarkan dekri (perintah) baharu pada Khamis mewajibkan semua kakitangan awam menunaikan solat lima waktu secara berjemaah.
- Pemimpin Taliban, Hibatullah Akhundzada mengeluarkan dekri (perintah) baharu pada Khamis mewajibkan semua kakitangan awam menunaikan solat lima waktu secara berjemaah.
- Beliau mengarahkan Kementerian Dakwah dan Bimbingan Emeriyah Islam Afghanistan (IEA) untuk melaksanakan perintah baharu itu berdasarkan fiqh mazhab Hanafi, lapor Amu TV.
- “Mana-mana individu yang mengabaikan solat berjemaah tanpa alasan yang sah akan dikenakan hukuman,” kata Akhundzada dalam dekrinya.
Pemimpin Taliban, Hibatullah Akhundzada mengeluarkan dekri (perintah) baharu pada Khamis mewajibkan semua kakitangan awam menunaikan solat lima waktu secara berjemaah.
Beliau mengarahkan Kementerian Dakwah dan Bimbingan Emeriyah Islam Afghanistan (IEA) untuk melaksanakan perintah baharu itu berdasarkan fiqh mazhab Hanafi, lapor Amu TV.
“Mana-mana individu yang mengabaikan solat berjemaah tanpa alasan yang sah akan dikenakan hukuman,” kata Akhundzada dalam dekrinya.
Akhundzada menegaskan bahawa semua kakitangan kerajaan dan pegawai mesti menunaikan solat lima waktu tepat pada masanya.
Laporan media berasingan memaklumkan jurucakap kerajaan Taliban tidak memberikan maklum balas kepada pertanyaan agensi berita AFP mengenai bentuk hukuman yang akan dikenakan sekiranya dekri itu tidak dipatuhi.
Menurut ajaran Islam, umat Islam diwajibkan untuk berusaha menunaikan solat lima waktu setiap hari, sama ada secara bersendirian atau berjemaah di masjid.
Waktu solat disesuaikan mengikut kedudukan matahari, tetapi ada yang jatuh dalam waktu bekerja. – The Merdeka Times