Antarabangsa
Netanyahu sekali lagi halang gencatan senjata di Gaza – Hamas
Kumpulan pembebasan Palestin, Hamas pada Ahad berkata penetapan syarat baharu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam cadangan gencatan senjata Gaza dan pertukaran tebusan yang telah dirundingkan di Doha pada Khamis dan Jumaat, menghalang penyelesaian perjanjian itu.
- Kumpulan pembebasan Palestin, Hamas pada Ahad berkata penetapan syarat baharu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam cadangan gencatan senjata Gaza dan pertukaran tebusan yang telah dirundingkan di Doha pada Khamis dan Jumaat, menghalang penyelesaian perjanjian itu.
- “Cadangan baharu ini memenuhi syarat-syarat Netanyahu dan selaras dengannya, terutama penolakannya terhadap gencatan senjata kekal, penarikan sepenuhnya (tentera) dari Gaza, serta keinginannya untuk terus menduduki Persimpangan Netzarim (pemisah utara dan selatan wilayah Gaza), lintasan Rafah dan Koridor Philadelphi (di selatan).
- “Beliau juga menetapkan syarat baharu dalam urusan pertukaran tebusan dan menarik diri dari syarat-syarat lain, yang menghalang penyelesaian perjanjian itu,” kata Hamas dalam kenyataan dipetik agensi berita Anadolu.
- Berikutan pusingan rundingan terkini di Doha, Hamas mengesahkan “sekali lagi bahawa Netanyahu masih meletakkan halangan dalam mencapai persetujuan, menetapkan syarat dan tuntutan baharu untuk menggagalkan usaha perantara dan memanjangkan perang”.
- Kumpulan itu menekankan komitmennya terhadap apa yang dipersetujui pada 2 Julai lalu, berdasarkan cadangan yang disokong Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan resolusi Majlis Keselamatan PBB.
Kumpulan pembebasan Palestin, Hamas pada Ahad berkata penetapan syarat baharu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam cadangan gencatan senjata Gaza dan pertukaran tebusan yang telah dirundingkan di Doha pada Khamis dan Jumaat, menghalang penyelesaian perjanjian itu.
“Cadangan baharu ini memenuhi syarat-syarat Netanyahu dan selaras dengannya, terutama penolakannya terhadap gencatan senjata kekal, penarikan sepenuhnya (tentera) dari Gaza serta keinginannya untuk terus menduduki Persimpangan Netzarim (pemisah utara dan selatan wilayah Gaza), lintasan Rafah dan Koridor Philadelphi (di selatan).
“Beliau juga menetapkan syarat baharu dalam urusan pertukaran tebusan dan menarik diri dari syarat-syarat lain, yang menghalang penyelesaian perjanjian itu,” kata Hamas dalam kenyataan dipetik agensi berita Anadolu.
Berikutan pusingan rundingan terkini di Doha, Hamas mengesahkan “sekali lagi bahawa Netanyahu masih meletakkan halangan dalam mencapai persetujuan, menetapkan syarat dan tuntutan baharu untuk menggagalkan usaha perantara dan memanjangkan perang”.
Kumpulan itu menekankan komitmennya terhadap apa yang dipersetujui pada 2 Julai lalu, berdasarkan cadangan yang disokong Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan resolusi Majlis Keselamatan PBB.
Ia juga menyeru perantara “untuk memenuhi tanggungjawab mereka dan memaksa pendudukan (Israel) untuk melaksanakan apa yang telah dipersetujui”.
Rundingan gencatan senjata di Doha berakhir pada Jumaat selepas pembentangan “cadangan yang merapatkan jurang” antara Israel dan Hamas yang konsisten dengan prinsip ditetapkan Biden pada 31 Mei lalu.
Biden pada Mei berkata Israel telah membentangkan perjanjian tiga fasa yang akan menamatkan permusuhan di Gaza dan memastikan pembebasan tebusan yang ditahan di kawasan persisiran itu.
Rancangan itu termasuk gencatan senjata, pertukaran tebusan-banduan dan pembinaan semula Gaza.
Israel membunuh lebih 40,000 rakyat Palestin sejak serangan rentas sempadan pada 7 Oktober lalu.
Selama berbulan-bulan, AS, Qatar dan Mesir berusaha mencapai persetujuan antara Israel dan Hamas untuk memastikan pertukaran tebusan-banduan dan gencatan senjata, tetapi tidak berjaya.
Terdahulu, gencatan senjata selama seminggu dan pertukaran tebusan dengan banduan Palestin berakhir pada 1 Disember lalu. – The Merdeka Times