Connect with us

Antarabangsa

Mesir nafi benarkan Israel kekal di sempadan Rafah

Mesir mengekalkan pendirian bahawa rejim zionis Israel mesti menarik balik tenteranya di Koridor Philadelphi di sempadan Gaza-Mesir dan lintasan sempadan Rafah, kata sumber Mesir pada Isnin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mesir mengekalkan pendirian bahawa rejim zionis Israel mesti menarik balik tenteranya di Koridor Philadelphi di sempadan Gaza-Mesir dan lintasan sempadan Rafah, kata sumber Mesir pada Isnin.
  • Saluran berita Al-Qahera News, memetik sumber berprofil tinggi, menafikan laporan media Israel yang menyatakan Mesir bersetuju dengan kehadiran tentera Israel di Koridor Philadelphi.
  • Agensi berita Anadolu melaporkan sumber itu menegaskan komitmen Mesir terhadap “pengunduran sepenuhnya Israel” dari kedua-dua lokasi tersebut.
  • Terdahulu, Middle East Eye (MEE) melaporkan Mesir dan Israel mencapai persetujuan untuk membolehkan kehadiran pasukan keselamatan Israel di sepanjang sempadan Mesir-Gaza.
  • Perkembangan itu bagaimanapun berakhir dengan laporan terkini Al-Qahera News yang menafikan laporan berkenaan.

Mesir mengekalkan pendirian bahawa rejim zionis Israel mesti menarik balik tenteranya di Koridor Philadelphi di sempadan Gaza-Mesir dan lintasan sempadan Rafah, kata sumber Mesir pada Isnin.

Saluran berita Al-Qahera News, memetik sumber berprofil tinggi, menafikan laporan media Israel yang menyatakan Mesir bersetuju dengan kehadiran tentera Israel di Koridor Philadelphi.

Agensi berita Anadolu melaporkan sumber itu menegaskan komitmen Mesir terhadap “pengunduran sepenuhnya Israel” dari kedua-dua lokasi tersebut.

Badan penyiaran awam Israel, KAN melaporkan delegasi Israel baru kembali dari Mesir selepas perbincangan mengenai kehadiran Israel di Koridor Philadelphi.

Tiada butiran lanjut mengenai perbincangan itu diberikan oleh badan penyiaran tersebut.

Terdahulu, Middle East Eye (MEE) melaporkan Mesir dan Israel mencapai persetujuan membolehkan kehadiran pasukan keselamatan Israel di sepanjang sempadan Mesir-Gaza.

Perkembangan itu bagaimanapun berakhir dengan laporan terkini Al-Qahera News yang menafikan laporan berkenaan.

Koridor Philadelphi adalah zon penampan demiliterisasi sepanjang 14km dengan lebar 100 meter di sepanjang sempadan Gaza dan Mesir, diwujudkan melalui dua perjanjian Mesir-Israel pada 1979 dan 2005.

Menurut perjanjian itu, kedua-dua negara tidak dibenarkan memindahkan pasukan tentera secara unilateral ke kawasan tersebut. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *