Connect with us

Terkini

Kerajaan perlu teliti harga makanan kantin sekolah dijangka naik 50 peratus – PAS

PAS menyeru Kerajaan Madani meneliti isu lebih 10,000 pengusaha kantin sekolah yang dijangka menaikkan harga makanan 50 peratus pada 2025 berikutan penguatkuasaan berhubung penggunaan barangan bersubsidi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Konsumer dan Kepenggunaan PAS, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin.
  • PAS menyeru Kerajaan Madani meneliti isu lebih 10,000 pengusaha kantin sekolah yang dijangka menaikkan harga makanan 50 peratus pada 2025 berikutan penguatkuasaan berhubung penggunaan barangan bersubsidi.
  • Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Konsumer dan Kepenggunaan PAS, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berkata peningkatan kos saban tahun menyebabkan pengusaha kantin agak terkesan dengan kenaikan kos, apatah lagi apabila mereka tidak dibenarkan menggunakan barangan bersubsidi seperti minyak masak, beras dan gula.
  • Kerajaan perlu meneliti dan mengambil kira keadaan pengusaha kantin sekolah yang kebanyakannya adalah warga emas dan pengusaha kecil-kecilan serta memastikan keperluan untuk kantin sekolah menjual makanan pada harga bersesuaian murid sekolah.
  • “PAS juga ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk mempertimbangkan satu mekanisme khusus melalui Kementerian Pendidikan, supaya pengusaha-pengusaha kecil kantin sekolah ini boleh membuat permohonan subsidi atau bantuan kewangan khusus untuk pengusaha kantin sekolah bagi menampung kos bahan mentah yang meningkat,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Kenyataan itu adalah respons kepada kenyataan Presiden Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM), Khairuddin Hamzah yang dilaporkan memberi bayangan harga makanan dan minuman di kantin sekolah dijangka meningkat melebihi 50 peratus bermula tahun depan selepas pengusaha kantin menandatangani tender baharu.

KUALA LUMPUR — PAS menyeru Kerajaan Madani meneliti isu lebih 10,000 pengusaha kantin sekolah yang dijangka menaikkan harga makanan 50 peratus pada 2025 berikutan penguatkuasaan berhubung penggunaan barangan bersubsidi.

Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Konsumer dan Kepenggunaan PAS, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berkata peningkatan kos saban tahun menyebabkan pengusaha kantin agak terkesan dengan kenaikan kos, apatah lagi apabila mereka tidak dibenarkan menggunakan barangan bersubsidi seperti minyak masak, beras dan gula.

Khairil yang juga Ahli Parlimen Jerantut berkata kelangsungan semua pengusaha kantin terbabit banyak bergantung kepada harga kos dan margin keuntungan munasabah untuk jualan makanan di kantin sekolah di seluruh negara.

Katanya, kerajaan perlu meneliti dan mengambil kira keadaan pengusaha kantin sekolah yang kebanyakannya adalah warga emas dan pengusaha kecil-kecilan serta memastikan keperluan untuk kantin sekolah menjual makanan pada harga bersesuaian murid sekolah.

“PAS juga ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk mempertimbangkan satu mekanisme khusus melalui Kementerian Pendidikan, supaya pengusaha-pengusaha kecil kantin sekolah ini boleh membuat permohonan subsidi atau bantuan kewangan khusus untuk pengusaha kantin sekolah bagi menampung kos bahan mentah yang meningkat.

“Di samping itu, pihak kerajaan juga perlu melihat dari sudut pandang pihak ibu bapa yang merasai kesan kenaikan harga barang serta meneliti tuntutan ibu bapa yang berharap harga makanan di kantin sekolah dijual pada kadar munasabah, terutama di sekolah luar bandar,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Foto: Poster kenyataan media dimuat naik Khairil di Facebooknya.

Kenyataan itu adalah respons kepada kenyataan Presiden Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM), Khairuddin Hamzah yang dilaporkan memberi bayangan harga makanan dan minuman di kantin sekolah dijangka meningkat melebihi 50 peratus bermula tahun depan selepas pengusaha kantin menandatangani tender baharu.

Khairuddin berkata tender kantin sekolah dibuka setiap tiga tahun dan 10,000 pengusaha bakal memperbaharui kontrak masing-masing.

Difahamkan, kenaikan harga itu berikutan penguatkuasaan berhubung penggunaan barangan bersubsidi di mana ramai penguasa perlu menggunakan harga-harga standard iaitu harga tanpa subsidi.

“Dahulu majoriti pengusaha kantin menggunakan barangan bersubsidi seperti minyak masak paket dan gula, untuk menjual maka­nan dengan harga yang murah.

“Masalahnya, ramai pengusaha kantin tidak sedar bahawa tindakan itu menyalahi undang-undang negara kerana apa sahaja bentuk perniagaan tidak boleh menggunakan barangan bersubsidi,” katanya dipetik Utusan Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *