Connect with us

Terkini

Jahil tolak Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, SJKC harus faham dasar bahasa negara – Kok Seong

Tindakan sembilan institusi pendidikan Cina menolak inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyelaraskan silibus Bahasa Melayu di sekolah rendah vernakular disifatkan sebagai tindakan jahil tentang kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa negara.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong.
  • Tindakan sembilan institusi pendidikan Cina menolak inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyelaraskan silibus Bahasa Melayu di sekolah rendah vernakular disifatkan sebagai tindakan jahil tentang kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa negara.
  • Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong juga melabel kelompok itu sebagai cauvinis kerana berhujah mengatakan Bahasa Melayu bukan bahasa ibunda etnik Cina untuk menolak inisiatif KPM tersebut.
  • Tindakan itu juga menunjukkan kelompok terbabit mempunyai nasionalisme etnik Cina yang tebal berbanding semangat nasionalisme Malaysia.
  • SJKC juga harus memahami dasar bahasa negara ini di mana bahasa paling penting sudah tentunya Bahasa Melayu dan ia bahasa negara yang mendukung peranan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.
  • “Jadi apabila Bahasa Melayu itu adalah bahasa negara ia wajib dipelajari sebagai bahasa negara dan tak boleh sesekali bahasa negara itu dipelajari sebagai bahasa kedua,” katanya kepada The Merdeka Times di sini pada Rabu.
  • Kok Seong berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sembilan institusi pendidikan Cina di negara ini yang dilaporkan sebulat suara menolak inisiatif KPM untuk menyelaraskan silibus Bahasa Melayu di sekolah rendah vernakular. 

KUALA LUMPUR — Tindakan sembilan institusi pendidikan Cina menolak inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyelaraskan silibus Bahasa Melayu di sekolah rendah vernakular disifatkan sebagai tindakan jahil tentang kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa negara.

Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong juga melabel kelompok itu sebagai cauvinis kerana berhujah mengatakan Bahasa Melayu bukan bahasa ibunda etnik Cina untuk menolak inisiatif KPM tersebut.

Kok Seong berkata perkara itu menunjukkan institusi pendidikan Cina terbabit mempunyai nasionalisme etnik Cina yang tebal berbanding semangat nasionalisme Malaysia.

Beliau berkata Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) juga harus memahami dasar bahasa negara ini di mana bahasa paling penting sudah tentunya Bahasa Melayu dan ia bahasa negara yang mendukung peranan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.

“Hujah untuk menolak dan mengatakan bahawa Bahasa Melayu bukan bahasa ibunda etnik Cina itu ia hujah bersifat cauvinis.

“Ini kerana kelompok sembilan institusi (pendidikan Cina) itu jahil sekali bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa negara.

Foto: Tangkap layar maksud cauvinis diterbitkan laman web Dewan Bahasa dan Pustaka.

“Ya memang betul Bahasa Melayu bukan bahasa ibunda orang bangsa Cina tetapi orang Cina yang tinggal di negara ini harus tahu bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa negara ini, ia mendukung dua peranan satu sebagai bahasa kebangsaan, satu lagi sebagai bahasa rasmi.

“Jadi apabila Bahasa Melayu itu adalah bahasa negara ia wajib dipelajari sebagai bahasa negara dan tak boleh sesekali bahasa negara itu dipelajari sebagai bahasa kedua,” katanya kepada The Merdeka Times di sini pada Rabu.

Kok Seong berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sembilan institusi pendidikan Cina di negara ini yang dilaporkan sebulat suara menolak inisiatif KPM untuk menyelaraskan silibus Bahasa Melayu di sekolah rendah vernakular. 

Pengerusi Jiao Zong, Cheah Lek Aee dilaporkan berkata penolakan itu adalah kerana bahasa ibunda pelajar sekolah Cina bukan Bahasa Melayu.

Lek Aee berkata Bahasa Melayu merupakan bahasa kedua pelajar terbabit, maka Bahasa Melayu tidak boleh diajar menggunakan silibus sama seperti pelajar Melayu lain.

Beliau dipetik berkata demikian oleh China Press ketika hadir mesyuarat dalaman mengenai penyelarasan silibus Bahasa Melayu sekolah rendah vernakular di Bangunan Dong Zong, kelmarin. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *