Antarabangsa
Israel “runtuh dalam setahun” jika perang berlarutan – Bekas Jeneral Israel
Mejar Jeneral bersara Israel, Yitzhak Brik pada Khamis memberi amaran Israel berpotensi “runtuh dalam setahun” jika perangnya menentang kumpulan Palestin, Hamas dan gerakan Hizbullah dari Lubnan berterusan.
- Mejar Jeneral bersara Israel, Yitzhak Brik pada Khamis memberi amaran Israel berpotensi “runtuh dalam setahun” jika perangnya menentang kumpulan Palestin, Hamas dan gerakan Hizbullah dari Lubnan berterusan.
- “Negara ini benar-benar menuju ambang kehancuran,” kata Brik dalam artikel pendapat diterbitkan akhbar harian Israel, Haaretz.
- “Jika perang melawan Hamas dan Hizbullah berterusan, Israel akan runtuh dalam tempoh tidak lebih daripada setahun,” katanya dipetik agensi berita Anadolu.
- Tentera Israel melancarkan serangan ganas ke atas Gaza sejak serangan Hamas pada 7 Oktober tahun lalu, mengorbankan hampir 40,300 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 93,100 yang lain.
- Serangan itu mencetuskan berbulan-bulan serangan rentas sempadan antara Hizbullah dan Israel di tengah-tengah kebimbangan perang besar-besaran antara kedua-dua pihak.
Mejar Jeneral bersara Israel, Yitzhak Brik pada Khamis memberi amaran Israel berpotensi “runtuh dalam setahun” jika perangnya menentang kumpulan Palestin, Hamas dan gerakan Hizbullah dari Lubnan berterusan.
“Negara ini benar-benar menuju ambang kehancuran,” kata Brik dalam artikel pendapat diterbitkan akhbar harian Israel, Haaretz.
“Jika perang melawan Hamas dan Hizbullah berterusan, Israel akan runtuh dalam tempoh tidak lebih daripada setahun,” katanya dipetik agensi berita Anadolu.
Tentera Israel melancarkan serangan ganas ke atas Gaza sejak serangan Hamas pada 7 Oktober tahun lalu, mengorbankan hampir 40,300 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 93,100 yang lain.
Serangan itu mencetuskan berbulan-bulan serangan rentas sempadan antara Hizbullah dan Israel di tengah-tengah kebimbangan perang besar-besaran antara kedua-dua pihak.
Brik meragui dakwaan Israel berkenaan penyerahan diri Hamas dan dakwaan bahawa pemimpinnya, Yahya Sinwar akan ditangkap.
“Kebanyakan kenyataan megah yang dibuat Menteri Pertahanan Yoav Gallant sepanjang perang di Gaza telah terbukti tidak berasas.
“Dengan kenyataan-kenyataan ini, Gallant, bersama dengan rakan sekerjanya, Ketua Staf IDF Herzi Halevi dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, telah memperdaya rakyat Israel,” kata Brik. – The Merdeka Times