Connect with us

Antarabangsa

Israel bunuh 2,100 bayi, kanak-kanak bawah dua tahun di Gaza

Tentera rejim Israel membunuh 2,100 bayi dan kanak-kanak berumur di bawah dua tahun, daripada kira-kira 17,000 kanak-kanak Palestin yang dibunuh di Gaza sejak pembunuhan beramai-ramai bermula 7 Oktober tahun lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera rejim Israel membunuh 2,100 bayi dan kanak-kanak berumur di bawah dua tahun, daripada kira-kira 17,000 kanak-kanak Palestin yang dibunuh di Gaza sejak pembunuhan beramai-ramai bermula 7 Oktober tahun lalu.
  • Euro-Med Monitor melaporkan jumlah kanak-kanak Palestin — sama ada bayi atau kanak-kanak secara keseluruhannya — yang dibunuh tentera Israel amat mengerikan dan kadar pembunuhan mereka tiada tandingannya dalam sejarah peperangan moden.
  • Ia juga mencerminkan trend berbahaya berdasarkan pemerhatian hilangnya sifat kemanusiaan terhadap rakyat Palestin di wilayah bergolak itu.
  • Tentera Israel menyasarkan rakyat Palestin dan anak-anak mereka setiap hari secara sistematik dan meluas dengan cara paling kejam dan brutal, hampir tanpa henti selama 10 bulan berturut-turut.
  • Akibat pengeboman Israel ke atas rumah, bangunan, kawasan kejiranan, pusat perlindungan dan khemah-khemah pelarian, ramai kanak-kanak dilaporkan kehilangan kepala dan anggota badan mereka.

Tentera rejim Israel membunuh 2,100 bayi dan kanak-kanak berumur di bawah dua tahun, daripada kira-kira 17,000 kanak-kanak Palestin yang dibunuh di Gaza sejak pembunuhan beramai-ramai bermula 7 Oktober tahun lalu.

Euro-Med Monitor melaporkan jumlah kanak-kanak Palestin — sama ada bayi atau kanak-kanak secara keseluruhannya — yang dibunuh tentera Israel amat mengerikan dan kadar pembunuhan mereka tiada tandingannya dalam sejarah peperangan moden.

Ia juga mencerminkan trend berbahaya berdasarkan pemerhatian hilangnya sifat kemanusiaan terhadap rakyat Palestin di wilayah bergolak itu.

Tentera Israel menyasarkan rakyat Palestin dan anak-anak mereka setiap hari secara sistematik dan meluas dengan cara paling kejam dan brutal, hampir tanpa henti selama 10 bulan berturut-turut.

Akibat pengeboman Israel ke atas rumah, bangunan, kawasan kejiranan, pusat perlindungan dan khemah-khemah pelarian, ramai kanak-kanak dilaporkan kehilangan kepala dan anggota badan mereka.

Ini pencabulan terang-terangan terhadap peraturan pembezaan, kesesuaian, keperluan ketenteraan, iaitu kewajipan undang-undang dan moral untuk mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan bagi mengurangkan kematian orang awam dan kanak-kanak.

Walaupun mempunyai keupayaan teknologi yang canggih, tentera Israel menyasarkan rumah dan pusat perlindungan yang mereka ketahui dihuni orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Namun, mereka tetap mengebom sasaran itu dengan bom dan peluru berpandu yang merosakkan, dengan tujuan menyebabkan sebanyak mungkin kematian orang awam dan kecederaan parah.

Ini dibuktikan dengan sasaran sistematik, meluas dan berulang kali terhadap orang awam di Gaza oleh tentera Israel serta penggunaan senjata membinasakan dan tidak bersasar, terutama terhadap kawasan dengan populasi awam yang padat. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *