Connect with us

Terkini

Gula dalam minuman acara kerajaan dikurangkan 50 peratus

Kabinet memutuskan minuman disediakan dalam semua acara anjuran kerajaan, termasuk mesyuarat, dikurangkan penggunaan gula 50 peratus berkuat kuasa hari ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil.
  • Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata inisiatif itu diambil ekoran peningkatan jumlah rakyat Malaysia menghidap diabetes yang mencecah 15.5 peratus berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2023.
  • Fahmi berkata laporan tinjauan itu menunjukkan pecahan usia penghidap diabetes bagi kelompok berumur 18 hingga 29 tahun adalah 3.2 peratus; 30-39 tahun (6.5 peratus), 40-49 tahun (15.2 peratus); 50-59 tahun (28.8 peratus) dan 60 tahun ke atas (38 peratus).
  • “Ia bermaksud masalah diabetes, iaitu penyakit tidak berjangkit, perlu ditangani secara menyeluruh. Maka, salah satu ikhtiar kerajaan ialah mulai hari ini, Jemaah Menteri memutuskan semua acara kerajaan akan mengurangkan penggunaan gula sebanyak 50 peratus dalam minuman.
  • “Semua minuman akan disediakan dengan gula tidak dimasukkan, dan kita akan mengurangkan penggunaan gula itu dalam semua acara kerajaan, termasuk mesyuarat,” katanya dipetik Berita Harian pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.

KUALA LUMPUR — Kabinet memutuskan minuman disediakan dalam semua acara anjuran kerajaan, termasuk mesyuarat, dikurangkan penggunaan gula 50 peratus berkuat kuasa hari ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata inisiatif itu diambil ekoran peningkatan jumlah rakyat Malaysia menghidap diabetes yang mencecah 15.5 peratus berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2023.

Fahmi berkata laporan tinjauan itu menunjukkan pecahan usia penghidap diabetes bagi kelompok berumur 18 hingga 29 tahun adalah 3.2 peratus; 30-39 tahun (6.5 peratus), 40-49 tahun (15.2 peratus); 50-59 tahun (28.8 peratus) dan 60 tahun ke atas (38 peratus).

Justeru, beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata langkah mengurangkan penggunaan gula dalam minuman adalah lebih baik untuk kesihatan.

“Ia bermaksud masalah diabetes, iaitu penyakit tidak berjangkit, perlu ditangani secara menyeluruh. Maka, salah satu ikhtiar kerajaan ialah mulai hari ini, Jemaah Menteri memutuskan semua acara kerajaan akan mengurangkan penggunaan gula sebanyak 50 peratus dalam minuman.

“Semua minuman akan disediakan dengan gula tidak dimasukkan, dan kita akan mengurangkan penggunaan gula itu dalam semua acara kerajaan, termasuk mesyuarat,” katanya dipetik Berita Harian pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.

Media pada Februari lalu melaporkan orang ramai diminta mengurangkan pengambilan gula pasir dan makanan tinggi gula kerana salah satu daripada kesan pengambilannya adalah obesiti, diabetes dan komplikasinya.

Profesor Kesihatan Masyarakat, Prof Dr Osman Ali berkata sebarang tindakan berasaskan politik, termasuk perihal memberikan subsidi gula tidak membantu usaha mengurangkan pengambilan gula dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata langkah sewajarnya diambil untuk membentuk generasi sihat berkaitan pengambilan gula adalah pendidikan sejak kecil bahawa pengambilan gula berlebihan boleh menjejaskan kesihatan di usia dewasa dan tua selain mendidik penyedia (rumah atau kedai) makanan mengurangkan gula dalam makanan.

“Kuat kuasa undang-undang had penggunaan gula dalam minuman dan makanan berproses. Naikkan cukai gula supaya harga gula sesuai dengan keperluan sebenar masyarakat yang dapat mencegah dari penyakit metabolime. Apa pun, perlulah bersederhana dalam pengambilan makanan yang tinggi gula,” katanya dipetik Harian Metro. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *