Connect with us

Antarabangsa

Doktor UK desak tindakan tegas larang semua vape berperisa

Kesatuan doktor terbesar Britain pada Rabu menuntut larangan penuh semua vape berperisa dalam usaha menangani ‘wabak’ e-rokok di negara itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: E-rokok pakai buang.
  • Kesatuan doktor terbesar Britain pada Rabu menuntut larangan penuh semua vape berperisa dalam usaha menangani ‘wabak’ e-rokok di negara itu.
  • Daily Mail melaporkan Persatuan Perubatan British (BMA) berhujah kerajaan mesti mengambil tindakan berani dan tegas untuk melindungi kanak-kanak dan alam sekitar daripada bahaya disebabkan vape.
  • Angka menunjukkan penggunaan kerap vape dalam kalangan kanak-kanak dan remaja meningkat hampir enam kali ganda sepanjang sedekad lalu.
  • Laporan BMA bertajuk “Taking our breath away: Why we need stronger regulation of vapes” menyalahkan ‘vape pakai buang yang mudah didapati’ sebagai penyebab peningkatan itu.
  • Sebagai sebahagian tindakan tegas yang penting, BMA juga mahu menteri-menteri melarang pelbagai imej, pewarnaan dan penjenamaan pada vape dan pembungkusannya, sama seperti peraturan sedia ada rokok.

Kesatuan doktor terbesar Britain pada Rabu menuntut larangan penuh semua vape berperisa dalam usaha menangani ‘wabak’ e-rokok di negara itu.

Daily Mail melaporkan Persatuan Perubatan British (BMA) berhujah kerajaan mesti mengambil tindakan berani dan tegas untuk melindungi kanak-kanak dan alam sekitar daripada bahaya disebabkan vape.

Angka menunjukkan penggunaan kerap vape dalam kalangan kanak-kanak dan remaja meningkat hampir enam kali ganda sepanjang sedekad lalu.

Laporan BMA bertajuk “Taking our breath away: Why we need stronger regulation of vapes” menyalahkan ‘vape pakai buang yang mudah didapati’ sebagai penyebab peningkatan itu.

Sebagai sebahagian tindakan tegas yang penting, BMA juga mahu menteri-menteri melarang pelbagai imej, pewarnaan dan penjenamaan pada vape dan pembungkusannya, sama seperti peraturan sedia ada rokok.

Menurut BMA, produk-produk itu juga harus disimpan luar daripada pandangan, di belakang kaunter.

Bekas Perdana Menteri United Kingdom (UK), Rishi Sunak sebelum ini memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) Tembakau dan Vape pada awal tahun di mana langkah itu termasuk rancangan melarang e-rokok pakai buang dan memperkenalkan sekatan perisa dan bungkusan.

Namun RUU itu ditangguhkan setelah Pilihan Raya Umum diisytiharkan pada Mei.

Perdana Menteri UK baharu, Sir Keir Starmer menghidupkan semula RUU itu ekoran kemenangan Parti Buruh pada 4 Julai lalu, namun butiran tindakan terkandung dalam undang-undang dicadangkan itu belum diterbitkan.

Pengerusi Jawatankuasa Perubatan Kesihatan Awam BMA, Dr Penelope Toff menggesa kerajaan semasa supaya ‘melangkah lebih jauh’ berbanding rancangan digariskan Sunak dan menggambarkan laporan BMA sebagai ‘pelan tindakan’ yang harus dipandang menteri. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *