Connect with us

Terkini

Bekas timbalan menteri nafi terlibat sindiket pemerdagangan manusia

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim menafikan dakwaan beliau terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar sepertimana tular dalam laporan berita tempatan semalam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
  • Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim menafikan dakwaan beliau terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar sepertimana tular dalam laporan berita tempatan semalam.
  • Beliau sudah membuat satu laporan polis dan memberi keterangan di Bukit Aman berkaitan tuduhan liar beberapa pihak seperti Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) yang mengaitkan beliau dengan aktiviti sindiket itu.
  • “Saya menafikan penglibatan dengan aktiviti tersebut. Info tu dikutip-kutip sahaja dari picisan media seberang kebetulan kawan saya ajak bergambar sahaja pada projek dia di sana.
  • “Saya tidak akan teragak-agak ambil tindakan mahkamah pada pihak cuba mengaitkan saya dengan fitnah ini bertujuan menjatuhkan reputasi saya,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • SPRM sebelum ini dilaporkan diminta menyiasat seorang ahli politik wanita yang juga bekas timbalan menteri didakwa terbabit sindiket pemerdagangan manusia berpusat di Myanmar sejak 2020.

KUALA LUMPUR — Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim menafikan dakwaan beliau terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar sepertimana tular dalam laporan berita tempatan semalam.

Mashitah yang juga bekas Ahli Parlimen Baling berkata maklumat berkenaan perkara tular itu dikutip daripada media picisan di Indonesia.

Katanya, beliau sudah membuat satu laporan polis dan memberi keterangan di Bukit Aman berkaitan tuduhan liar beberapa pihak seperti Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) yang mengaitkan beliau dengan aktiviti sindiket itu.

“Saya menafikan penglibatan dengan aktiviti tersebut. Info tu dikutip-kutip sahaja dari picisan media seberang kebetulan kawan saya ajak bergambar sahaja pada projek dia di sana.

“Saya tidak akan teragak-agak ambil tindakan mahkamah pada pihak cuba mengaitkan saya dengan fitnah ini bertujuan menjatuhkan reputasi saya. 

Terima kasih kepada rakan-rakan yang prihatin. Alhamdulillah saya kekal utuh berpegang pada ajaran Islam dan tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti yang bercanggah agama mahupun undang-undang Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan diminta untuk menyiasat seorang ahli politik wanita yang juga bekas timbalan menteri didakwa terbabit sindiket pemerdagangan manusia berpusat di Myanmar sejak 2020.

Wakil MHO, Azirul Syafiq berkata setakat semalam juga tiada sebarang penafian dilakukan wanita terbabit, suami atau anaknya berhubung dakwaan itu susulan perkara tersebut sudah kecoh di media luar negara dan dalam negara.

Difahamkan, ia susulan baru-baru ini tular satu video pembongkaran sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar menerusi siaran Youtube bertajuk “Neraka Perbatasan: Jejak Mafia Judi Online dan Perbudakan Digital di Asia” yang diterbitkan Indonesia.

“Boleh tengok dekat situ (Youtube tajuk “Jejak Mafia Judi Online”) dan semua bukti-bukti telah dikemukakan dan saya percaya mungkin dengan laporan dibuat hari ini (semalam) maka akan ada tindakan yang akan diambil pihak SPRM,” katanya menerusi klip video “Aduan Penglibatan Ahli Politik Malaysia di dalam Sindiket Pemerdagangan Manusia berpusat di Myanmar” yang dimuat naik di Facebook MHO Malaysia pada Rabu berlatarkan luar bangunan SPRM Putrajaya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *