Connect with us

Antarabangsa

75 peratus rakyat Israel kritik cara Netanyahu urus perang dengan Lubnan

Tiga perempat rakyat Israel percaya kerajaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menguruskan konflik dengan Hizbullah Lubnan dengan “sangat teruk”, demikian menurut satu tinjauan baharu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
  • Tiga perempat rakyat Israel percaya kerajaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menguruskan konflik dengan Hizbullah Lubnan dengan “sangat teruk”, demikian menurut satu tinjauan baharu.
  • Tinjauan dijalankan Channel 12 Israel dan dikeluarkan lewat Jumaat menunjukkan ketidakpuasan meluas terhadap cara Netanyahu menguruskan konflik serta kecurigaan terhadap motifnya dalam menangani isu tebusan.
  • Berdasarkan hasil tinjauan, 75 peratus rakyat Israel menilai pengurusan kerajaan terhadap konflik di utara Israel dengan Hizbullah sebagai “sangat buruk”.
  • Sebaliknya, hanya 18 peratus responden percaya bahawa kerajaan menguruskan perang dengan “baik”, sementara 7 peratus berkata mereka “tidak tahu”.
  • Ketakutan tercetusnya peperangan berskala penuh antara Israel dan Hizbullah semakin meningkat di tengah-tengah pertukaran serangan rentas sempadan, terutama selepas pembunuhan Komander Kanan Hizbullah, Fuad Shukr di Beirut pada 30 Julai lalu.

Tiga perempat rakyat Israel percaya kerajaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menguruskan konflik dengan Hizbullah Lubnan dengan “sangat teruk”, demikian menurut satu tinjauan baharu.

Tinjauan dijalankan Channel 12 Israel dan dikeluarkan lewat Jumaat menunjukkan ketidakpuasan meluas terhadap cara Netanyahu menguruskan konflik serta kecurigaan terhadap motifnya dalam menangani isu tebusan.

Berdasarkan hasil tinjauan, 75 peratus rakyat Israel menilai pengurusan kerajaan terhadap konflik di utara Israel dengan Hizbullah sebagai “sangat buruk”.

Sebaliknya, hanya 18 peratus responden percaya kerajaan menguruskan perang dengan 

“baik”, sementara 7 peratus berkata mereka “tidak tahu”.

Ketakutan tercetusnya peperangan berskala penuh antara Israel dan Hizbullah semakin meningkat di tengah-tengah pertukaran serangan rentas sempadan, terutama selepas pembunuhan Komander Kanan Hizbullah, Fuad Shukr di Beirut pada 30 Julai lalu.

Tinjauan dipetik agensi berita Anadolu itu turut merekodkan 55 peratus rakyat Israel percaya pilihan raya awal harus diadakan segera, sementara 36 peratus berpendapat kerajaan semasa harus meneruskan perkhidmatan dengan sembilan peratus responden tidak pasti.

Kali terakhir Israel mengadakan pilihan raya legislatif adalah pada November 2022, membawa kepada pembentukan kerajaan pimpinan Netanyahu yang terdiri daripada puak agama dan nasionalis pelampau.

Kerajaan itu turut digambarkan beberapa pegawai, termasuk Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, sebagai “yang paling ekstrem” dalam sejarah Israel.

Jika pilihan raya awal itu tidak diadakan, pilihan raya parlimen seterusnya dijadualkan pada Oktober 2026. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *