Connect with us

Terkini

(VIDEO) ‘Tolong siasat dalang sebenar jual saham MAHB kepada GIP-BlackRock!’ – MP Machang

Seorang Ahli Parlimen pembangkang menggesa siasatan dijalankan untuk mengenal pasti ‘dalang’ di sebalik penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada syarikat pro zionis, BlackRock-Global Infrastructure Partners (GIP).

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
  • “Saya mendapat satu surat layang daripada orang dalam KWSP yang cuba menjelaskan kepada rakyat Malaysia siapa dalang sebenarnya, selain Khazanah dan KWSP yang benar-benar push the deal berkenaan MAHB ini.
  • “Difahamkan individu ini (yang terlibat dalam penjualan saham MAHB kepada GIP-BlackRock) mempunyai character pembuli dan ramai staf KWSP mereka tak berani bersuara jadi mereka minta kami pembangkang di Parlimen ini bersuara menyatakan kebimbangan mereka,” kata Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal di Dewan Rakyat di sini hari ini.
  • “Tolong siasat dalang penjualan saham MAHB ini dalam Khazanah dan KWSP, saya memanggil dan menyeru PAC panggil mereka semua untuk terangkan kepada kami kenapa jual saham ini kepada BlackRock dan GIP!,” katanya.

KUALA LUMPUR — Seorang Ahli Parlimen pembangkang menggesa siasatan dijalankan untuk mengenal pasti ‘dalang’ di sebalik penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada syarikat pro zionis, BlackRock-Global Infrastructure Partners (GIP).

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa beliau menerima menerima sepucuk surat layang daripada orang dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang cuba menjelaskan siapa ‘dalang’ di sebalik keputusan berkenaan. 

Beliau berkata terdapat pihak lain yang ‘bertanggungjawab’ dalam penjualan saham MAHB itu selain daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan KWSP. 

“Saya mendapat satu surat layang daripada orang dalam KWSP yang cuba menjelaskan kepada rakyat Malaysia siapa dalang sebenarnya, selain Khazanah dan KWSP yang benar-benar push the deal berkenaan MAHB ini.

“Difahamkan individu ini (yang terlibat dalam penjualan saham MAHB kepada GIP-BlackRock) mempunyai character pembuli dan ramai staf KWSP mereka tak berani bersuara jadi mereka minta kami pembangkang di Parlimen ini bersuara menyatakan kebimbangan mereka.

“Mereka tak nak bersubahat dengan keputusan kerajaan MADANI untuk menjual saham dan dana KWSP terlibat dalam deal GIP-BlackRock ini,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Wan Fayhsal turut menuntut Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memanggil pihak berkaitan dan melakukan siasatan terperinci berhubung penjualan sebahagian saham MAHB kepada syarikat BlackRock-GIP yang didakwa didalangi individu tertentu.

“Tolong siasat dalang penjualan saham MAHB ini dalam Khazanah dan KWSP, saya memanggil dan menyeru PAC panggil mereka semua untuk terangkan kepada kami kenapa jual saham ini kepada BlackRock dan GIP!,” katanya.

Wan Fayhsal sebelum ini mengemukakan usul tergempar bagi menggesa penangguhan atau pembatalan penjualan sebahagian saham MAHB kepada syarikat berkait BlackRock, namun usul itu ditolak Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Ini rentetan kritikan segelintir pihak, termasuk Ahli Parlimen pembangkang yang menentang penyertaan BlackRock menerusi GIP, sebuah firma yang bakal diambil alih syarikat pro-zionis itu, dalam konsortium bersama Khazanah dan KWSP bagi meningkatkan pegangan dalam MAHB.

Kerajaan juga diminta menarik semula keputusan untuk menjual pegangan saham dalam MAHB kepada BlackRock kerana ia antara ‘pemain utama’ menyokong gerakan LGBT.

GIP bagaimanapun dilaporkan menegaskan BlackRock Inc tidak pernah sama sekali terlibat dalam sebarang transaksi berhubung penstrukturan semula kepentingan dalam MAHB melalui Gateway Development Alliance (GDA). 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilaporkan mengingatkan semua pihak agar tidak ‘keterlaluan’ dalam membahaskan polemik berkaitan isu BlackRock.

Beliau berkata sebarang polemik berkaitan isu berkenaan yang dikaitkan dengan rejim zionis Israel boleh menjejaskan kepentingan Malaysia sebagai negara sedang berkembang. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

5,081 peneroka haram Israel serbu Masjid Al-Aqsa pada Jun – Laporan

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.
  • IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.
  • Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan tentera (berek tentera).

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.

Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan (berek) tentera .

Aktivis Palestin mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan itu dan menyifatkannya percubaan disengajakan untuk mengukuhkan kawalan ke atas Masjid Al-Aqsa dan menuntut kepentingan Yahudi pada elemen rohani dan sejarah tapak itu.

Mereka mengeluarkan gesaan supaya ditingkatkan kehadiran orang Islam di pekarangannya bagi menentang tindakan sedemikian dan melindungi tapak suci itu daripada pencerobohan selanjutnya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending