Connect with us

Terkini

(VIDEO) Kerajaan beri jaminan kuota bumiputera ke matrikulasi kekal – PM ANWAR

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan mengekalkan kuota bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Sesiapa dapat 10A tanpa mengira kaum dan wilayah, kita (kerajaan) berikan jaminan tempat di matrikulasi. Maka, kita ambil jalan yang kita anggap adil dan munasabah,  kata Perdana Menteri.
  • Anwar berkata keputusan itu menggambarkan bahawa kerajaan MADANI amat prihatin dan mahu negara lebih maju dengan mengutamakan prinsip kesaksamaan yang menjadi moto dalam pentadbiran negara.
  • PM juga ini beri jaminan bahawa kerajaan mengekalkan kuota bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi.

PUTRAJAYA –Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan mengekalkan kuota bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kuota itu tetap dikekalkan kerana ia termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan kedudukan istimewa orang Melayu serta kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Kita ambil jalan yang kita anggap adil dan munasabah, kalau dia (pelajar) itu rakyat dan warga kita, kita harus pelihara tapi kita juga terima kenyataan mengenai meritokrasi, jadi tanpa mengira kaum dan wilayah, dapat 10A kita beri jaminan tempat dalam matrikulasi.                   

Kuota bumiputera tetap dikekalkan kerana ini keputusan yang sudah lama berkait dengan Perlembagaan, jaminan masa depan bumiputera (dan) Melayu supaya tidak berlaku kesenjangan, jadi penjawat awam harus faham, meritokrasi kita pertahankan, tapi keadilan juga kita pertahankan, kata beliau ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Semalam, Anwar mengumumkan semua lepasan SPM yang mendapat keputusan 10A ke atas tanpa mengira kaum dan wilayah akan ditawarkan peluang melanjutkan pengajian pada peringkat matrikulasi bermula tahun ini.Ia merupakan keputusan yang dipersetujui Jemaah Menteri pada mesyuarat Jumaat lepas.

Anwar berkata walaupun keputusan itu memberikan pengiktirafan pada kecemerlangan tanpa mengira kaum dan latar belakang, namun kerajaan pada masa sama tegas mempertahankan kuota bumiputera.

Saya percaya perkara ini akan dijelaskan dengan lebih teliti hari ini. Fadhlina (Sidek) (Menteri Pendidikan) akan cerakinkan secara lebih jelas, kata beliau.

Beliau berharap pengumuman berkaitan jaminan tempat matrikulasi kepada calon cemerlang SPM tanpa mengira kaum atau latar belakang itu akan membantu negara mengiktiraf setiap calon warganegara yang cemerlang dalam peperiksaan berkenaan.

Sesiapa dapat 10A tanpa mengira kaum dan wilayah, kita (kerajaan) berikan jaminan tempat di matrikulasi. Maka, kita ambil jalan yang kita anggap adil dan munasabah,  kata Perdana Menteri.

Anwar berkata keputusan itu menggambarkan bahawa kerajaan MADANI amat prihatin dan mahu negara lebih maju dengan mengutamakan prinsip kesaksamaan yang menjadi moto dalam pentadbiran negara.

Bidang pendidikan ialah wahana terbaik untuk mencapai mobiliti sosial. Yang terbaik, terpintar, paling cemerlang harus diberikan galakan tetapi jangan dipinggirkan yang miskin, kata beliau.- BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

5,081 peneroka haram Israel serbu Masjid Al-Aqsa pada Jun – Laporan

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.
  • IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.
  • Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan tentera (berek tentera).

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.

Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan (berek) tentera .

Aktivis Palestin mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan itu dan menyifatkannya percubaan disengajakan untuk mengukuhkan kawalan ke atas Masjid Al-Aqsa dan menuntut kepentingan Yahudi pada elemen rohani dan sejarah tapak itu.

Mereka mengeluarkan gesaan supaya ditingkatkan kehadiran orang Islam di pekarangannya bagi menentang tindakan sedemikian dan melindungi tapak suci itu daripada pencerobohan selanjutnya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending