Antarabangsa
(VIDEO) Jangan bawa anak-anak yatim Palestin keluar dari Gaza – Aktivis Palestin
Hasrat mengeluarkan anak-anak yatim di Gaza adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan kerana ia membantu agenda zionis menyingkirkan warga Palestin dari Gaza.
KUALA LUMPUR – Hasrat mengeluarkan anak-anak yatim di Gaza adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan kerana ia membantu agenda zionis menyingkirkan warga Palestin dari Gaza.
Aktivis dan pempengaruh Palestin yang berpangkalan di Lubnan dan Turkiye, Khadijah Abdul Rahman berkata rakyat Palestin tidak akan membenarkan perkara itu berlaku.
“Jadi, apa yang kamu beritahu (ini), ialah ia mustahil (untuk ambil mereka dari kami) dan kami tidak membenarkan mana-mana kanak-kanak yatim piatu untuk pergi ke luar wilayah Gaza kerana inilah ideanya kami mempunyai kem perlindungan pelarian di Lubnan untuk menunjukkan bahawa kita masih mempunyai tanah dan akan kembali melaluinya.
“Jadi jika kita mencairkan (bawa pergi) rakyat Palestin ini ke seluruh dunia, tidak akan ada tanah dan tiada orang yang akan kembali ke negara ini (iaitu) Palestin,” katanya kepada The Merdeka Times selepas sesi dialog mengenai situasi cabaran semasa di Gaza dan sumbangan global di Taman Tun Dr Ismail di sini, semalam.
Khadijah diminta mengulas video tular mengenai 100 anak-anak yatim Gaza disantuni di Indonesia yang telah disahkan badan amal Indonesia Golden Future Indonesia sebagai hoax (berita palsu).
Mengulas lanjut, Khadijah berkata hasrat orang ramai untuk mengambil anak-anak yatim piatu dari Gaza sebagai anak angkat tidak membantu initiatif strategik pembebasan Palestin dalam jangka masa panjang, bahkan ia membantu agenda rejim zionis.
“Zionis Israel kini sedang berusaha mengosongkan dan memindahkan semua rakyat Palestin. Mereka sentiasa menyasarkan untuk memindahkan semua penduduk Gaza ke kawasan kejiranan negara (lain) seperti Mesir.
“Jadi jika kita memindahkan kanak-kanak dari Gaza (dan dibawa) ke luar, (seolah-olah) kami kini membantu zionis Israel untuk mencapai matlamat mereka.
“Selain situasi zionis dalam peperangan di Gaza, kita tidak mempunyai keperluan untuk membina rumah anak yatim di dalam kawasan wilayah Gaza.
“Jadi apabila sebagai contoh sebuah keluarga di Gaza dibom dan mereka hanya diwarisi dengan (keberadaan) anak-anak mereka, salah seorang daripada kenalan keluarga mereka akan menjaga anak ini, ia begitu,” kata Khadijah.
Beliau menjelaskan penduduk Gaza yang cedera dan dirawat di negara luar, contohnya di Turkiye, berhasrat untuk segera kembali ke Gaza walaupun kediaman mereka dihancurkan sepenuhnya.
“Mereka yang cedera dan berada di Turkiye kini yang telah dipindahkan kerana kecederaan dalam proses perjalanan (penyembuhan) mereka.
“Mereka menyasarkan dan mereka berharap dapat kembali ke Gaza secepat mungkin, walaupun rumah mereka dibom dan mereka tiada tempat tinggal, tetapi mereka masih mahu kembali ke Gaza.
“Kami (yang berada) di luar Palestin berhasrat untuk menolong dan membantu dan menyokong rakyat Palestin di dalam Gaza,” katanya di sini semalam. – The Merdeka Times
View this post on Instagram