Terkini
“Saya tidak peluk Islam untuk jadi seperti buih di lautan!” – Shaun King
“Saya tidak memeluk Islam hanya untuk menjadi seperti buih di lautan!”, demikian kata Shaun King yang dahulu merupakan Pastor Kristian dan digeruni media Barat, namun pada Ramadan lalu telah memeluk Islam bersama isterinya.
- “Saya (Shaun King) tidak menjadi Muslim hanya untuk menjadi buih di lautan! Tidak, saya tidak. Kita tidak memulakan apa-apa pun tetapi kita sudah mengalah! Kita belum benar-benar mencuba! Kita tidak sepatutnya menjadi buih di lautan!”.
- Demikian kata Shaun King yang dahulu merupakan Pastor Kristian dan digeruni media Barat, namun pada Ramadan lalu telah memeluk Islam bersama isterinya.
- Petikan kata itu dipetik pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ketika berkongsikan tentang King yang dilihat kecewa dengan sikap berpeluk tubuh ramai Muslim yang pasif ketika ini.
- Firdaus Wong berkata kelantangan King dalam kempen #blacklivesmatter dan keadilan sosial terutama genosid yang sedang berlaku, sebelum ini menyebabkan akaun Instagramnya yang mempunyai jutaan pengikut dipadamkan pengendali platform media sosial Meta Platforms Inc (Meta) buat selamanya.
- “Apabila Meta memadamkan akaun Instagram beliau, hanya peguam-peguam Muslim yang bersedia membantunya dan kerana akaunnya ini dipadamkan, beliau mempunyai masa terluang yang selama ini beliau disibukkan dengan aktivism beliau menerusi media!
- “Masa terluang itu beliau gunakan untuk bertafakur dan akhirnya beliau dan isterinya memeluk Islam pada Ramadhan tahun ini! Alhamdulillah,” kata Firdaus Wong menerusi hantaran di Facebook di sini pada Selasa.
KUALA LUMPUR — “Saya tidak memeluk Islam hanya untuk menjadi seperti buih di lautan!”, demikian kata Shaun King yang dahulu merupakan Pastor Kristian dan digeruni media Barat, namun pada Ramadan lalu telah memeluk Islam bersama isterinya.
Petikan kata itu dipetik pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ketika berkongsikan tentang King yang dilihat kecewa dengan sikap berpeluk tubuh ramai Muslim yang pasif ketika ini.
Firdaus Wong berkata kelantangan King dalam kempen #blacklivesmatter dan keadilan sosial terutama genosid yang sedang berlaku sebelum ini menyebabkan akaun Instagramnya yang mempunyai jutaan pengikut dipadamkan pengendali platform media sosial Meta Platforms Inc (Meta) buat selamanya.
Malah, kesemua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan laman sesawang keadilan sosial berkaitan King turut dipadam gergasi internet lain, namun situasi itu tidak sedikit membuatkan King menyesal dalam bersuara.
“Adakah dia (Shaun King) menyesal? TIDAK!”
“Apabila Meta memadamkan akaun Instagram beliau, hanya peguam-peguam Muslim yang bersedia untuk membantunya dan kerana akaunnya ini dipadamkan, beliau mempunyai masa terluang yang selama ini beliau disibukkan dengan aktivism beliau menerusi media!
“Masa terluang itu beliau gunakan untuk bertafakur dan akhirnya beliau dan isterinya memeluk Islam pada Ramadhan tahun ini! Alhamdulillah,” kata Firdaus Wong menerusi hantaran di Facebook di sini pada Selasa.
Pengasas Multiracial Reverted Muslims (MRM) itu berkata King menegaskan bahawa beliau tidak akan sesekali kembali menukar agama Islam sekalipun ditawarkan untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif atau pemilik Meta.
Penegasan itu disuarakan King ketika diajukan pertanyaan sama ada beliau rela mendapatkan semula akaun Instagramnya dengan jutaan pengikut, namun tidak menjadi seorang Muslim.
King berkata beliau ketika ini lebih bahagia dan aman selepas memeluk Islam justeru beliau tidak akan menukar agamanya untuk mendapatkan kembali akaun Instagramnya dan jutaan pengikut.
“Ketika ditanya, adakah dia lebih rela mendapatkan kembali semua akaun IG dengan jutaan pengikut tetapi tidak memeluk Islam, ini jawapannya; “No. Never. I’m happier and peaceful more than ever after embracing Islam! Even if they make me the CEO or owner of Meta, I wont exchange my reversion to Islam with anything. Never!”
“Allahuakbar… Beliau yang kelihatan kecewa dengan sikap berpeluk tubuh ramai Muslim yang pasif, saya tinggalkan sahabat semua dengan ayatnya ini agar kita semua terinspirasi dan bangkit dari lena yang panjang;
“I (Shaun King) do not become Muslim just to be the foam in the oceans! No, I don’t. We haven’t even scratch the surface of anything but we gave up! We havent really try! We are not suppose to be foams on the ocean!” (Saya tidak menjadi Muslim hanya untuk menjadi buih di lautan! Tidak, saya tidak. Kita tidak memulakan apa-apa pun tetapi kita sudah mengalah! Kita belum benar-benar mencuba! Kita tidak sepatutnya menjadi buih di lautan!”),” kata Firdaus Wong.
Media tempatan sebelum ini melaporkan King melafazkan dua kalimah syahadah dengan bantuan Sheikh Omar Suleiman.
Dibesarkan di Kentucky, King juga dilihat memakai keffiyeh sebagai simbol solidariti terhadap Palestin sewaktu memeluk Islam di mana pengumuman indah itu disampaikan menerusi siaran langsung Instagram dikongsikan Professor Khaled Beydoun sekaligus disaksikan pengikutnya dari seluruh dunia. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/