Connect with us

Antarabangsa

Sami jual dadah ditangkap Polis Pattaya

Seorang sami Buddha ditangkap polis tempatan di Pattaya, Thailand, atas dakwaan penjualan dadah haram di sisi undang-undang yang turut membawa kepada penangkapan pembekalnya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Sami Buddha ditangkap polis tempatan di Pattaya yang didakwa menjual dadah.
  • Seorang sami Buddha ditangkap polis tempatan di Pattaya, Thailand, atas dakwaan penjualan dadah haram di sisi undang-undang yang turut membawa kepada penangkapan pembekalnya.
  • Thaiger melaporkan operasi itu dijalankan pada 28 Julai lalu di bawah arahan Ketua Balai Polis Bang Lamung, Kolonel Polis Nawin Sinthurat.
  • Bertindak atas waran tangkap Mahkamah Wilayah Pattaya, pegawai polis menahan Prajob, 47, di sebuah bilik sewa di daerah kecil Bueng, Sri Racha, wilayah Chon Buri.
  • Sami itu berdepan tuduhan “berkonspirasi bersama dua orang atau lebih untuk melakukan kesalahan serius berkaitan dadah”.

Seorang sami Buddha ditangkap polis tempatan di Pattaya, Thailand, atas dakwaan penjualan dadah haram di sisi undang-undang yang turut membawa kepada penangkapan pembekalnya.

Thaiger melaporkan operasi itu dijalankan pada 28 Julai lalu di bawah arahan Ketua Balai Polis Bang Lamung, Kolonel Polis Nawin Sinthurat.

Bertindak atas waran tangkap Mahkamah Wilayah Pattaya, pegawai polis menahan Prajob, 47, di sebuah bilik sewa di daerah kecil Bueng, Sri Racha, wilayah Chon Buri.

Sami itu berdepan tuduhan “berkonspirasi bersama dua orang atau lebih untuk melakukan kesalahan serius berkaitan dadah”.

Penangkapan sami itu adalah hasil penyiasatan meluas dimulakan Kolonel Polis Nawin.

Penyiasatan itu sebelum ini membawa kepada penangkapan seorang sami yang tidak dikenali di Bang Lamung yang didapati menjual dadah.

Sami itu ditangkap dengan sejumlah methamphetamine di sebuah kuil tempatan di Bang Lamung dan semasa soal siasat, beliau mengaku membeli dadah daripada Prajob.

Setelah pengakuannya, sami itu dilucutkan jawatan dan waran tangkap dikeluarkan untuk Prajob yang membawa kepada penangkapannya.

Pattaya News melaporkan kedua-dua suspek kini berada dalam tahanan polis. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *