Connect with us

Terkini

SAKJ disaran perkasa alumni – Onn Hafiz

Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) disaran untuk memperkasakan alumni masing-masing bagi memberi peluang kepada bekas pelajar menyumbang semula, khususnya dalam pembangunan sekolah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
  • Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) disaran memperkasakan alumni masing-masing bagi memberi peluang kepada bekas pelajar menyumbang semula, khususnya dalam pembangunan sekolah.
  • Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata usaha menggerakkan alumni telah dilaksanakan di beberapa sekolah termasuk Maktab Sultan Abu Bakar dan Sekolah Tun Fatimah di sini yang berjaya mengumpul dana sehingga RM1 juta setelah beberapa bulan mengadakan program melibatkan bekas pelajar.
  • Onn Hafiz menyeru SAKJ mengambil langkah sama agar lebih ramai dapat membantu usaha memperkukuh syiar Islam.
  • “Semua guru besar (sekolah agama) boleh buat program alumni, libatkan masyarakat, ramai yang akan membantu. Di Johor ramai hendak menyumbang untuk memperkasa syiar Islam, jadi beri mereka ruang untuk menyumbang,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Guru Agama Kerajaan Johor, di sini hari ini.

JOHOR BAHRU – Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) disaran untuk memperkasakan alumni masing-masing bagi memberi peluang kepada bekas pelajar menyumbang semula, khususnya dalam pembangunan sekolah.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata usaha menggerakkan alumni telah dilaksanakan di beberapa sekolah termasuk Maktab Sultan Abu Bakar dan Sekolah Tun Fatimah di sini yang berjaya mengumpul dana sehingga RM1 juta setelah beberapa bulan mengadakan program melibatkan bekas pelajar.

“Saya juga ada buat lawatan ke sekolah tidak kira bangsa, baik Cina ke India, antara sekolah yang penyelenggaraan agak baik ialah sekolah masyarakat Tionghua, itu realiti.

“Mereka ada dapat bantuan daripada kerajaan tetapi mereka juga mendapat bantuan daripada usahawan-usahawan dan alumni-alumni mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Guru Agama Kerajaan Johor, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid.

Justeru, Onn Hafiz menyeru SAKJ untuk turut mengambil langkah sama agar lebih ramai dapat membantu usaha memperkukuh syiar Islam.

“Semua guru besar (sekolah agama) boleh buat program alumni, libatkan masyarakat, ramai yang akan membantu. Di Johor ramai hendak menyumbang untuk memperkasa syiar Islam, jadi beri mereka ruang untuk menyumbang,” katanya.

Mohd Fared pada sidang media menyambut baik saranan Onn Hafiz dan yakin inisiatif itu boleh dilaksanakan.

“Saya yakin ini adalah idea yang sangat bernas yang telah pun digunakan di beberapa jenis sekolah lain, dan saya mengakui ia belum dimulakan lagi di sekolah agama.

“Saya menerima baik nasihat dan cadangan Menteri Besar dan saya akan segera bincang dengan jabatan berkaitan untuk pelaksanaannya,” katanya. – BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *