Terkini
(VIDEO) Hanya sukarelawan, bukan lantik guru Bahasa Inggeris dari Singapura – PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan dakwaan Malaysia berhasrat melantik guru Bahasa Inggeris dari Singapura untuk mengajar di negara ini.
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan dakwaan Malaysia berhasrat melantik guru Bahasa Inggeris dari Singapura untuk mengajar di negara ini.
- Anwar menjelaskan perbincangan beliau bersama Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong adalah berkenaan mengadakan “skim bantuan” atau melantik sukarelawan yang dibayar pemerintah negara republik itu untuk mengajar Bahasa Inggeris di kawasan miskin bandar, desa dan pedalaman Sabah dan Sarawak.
- “Saya beritahu boleh tak ada skim dari Singapura seperti mana skim bantuan ataupun dari segi hubungan diplomasi antara negara untuk mereka membantu.
- “Bukan kita pilih guru daripada Singapura… Dengarlah dulu, kadang-kadang jadi pakar pakar tiga minit kemudian terus lontar di media sosial faktanya salah,” katanya.
- Beberapa pihak sebelum ini, termasuk bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengkritik cadangan pengambilan guru Bahasa Inggeris dari Singapura yang menjadi perbahasan sejak Rabu.
KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan dakwaan Malaysia berhasrat melantik guru Bahasa Inggeris dari Singapura untuk mengajar di negara ini.
Sebaliknya, Anwar menjelaskan perbincangan beliau bersama Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong adalah berkenaan mengadakan “skim bantuan” atau melantik sukarelawan yang dibayar pemerintah negara republik itu untuk mengajar Bahasa Inggeris di kawasan miskin bandar, desa dan pedalaman Sabah dan Sarawak.
“Saya beritahu boleh tak ada skim dari Singapura seperti mana skim bantuan ataupun dari segi hubungan diplomasi antara negara untuk mereka membantu.
“Bukan kita pilih guru daripada Singapura… Dengarlah dulu, kadang-kadang jadi pakar pakar tiga minit kemudian terus lontar di media sosial faktanya salah.
“Apa yang salah? Salahnya ialah bahawa kita sekarang (kononnya) akan melantik guru bahasa Inggeris dari Singapura…itu salah,” katanya.
Difahamkan beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Himpunan Aspirasi MADANI Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam di Putrajaya, hari ini.
Beberapa pihak sebelum ini, termasuk bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengkritik cadangan pengambilan guru Bahasa Inggeris dari Singapura yang menjadi perbahasan sejak Rabu.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) juga antara pihak yang berharap kerajaan tidak meneruskan hasrat tersebut, kerana berpandangan ramai lagi tenaga tempatan mempunyai kelulusan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) berminat dan layak dilantik menjadi guru bahasa Inggeris.
Katanya, kerajaan seharusnya perkasakan tenaga tempatan untuk mengisi kekurangan guru bahasa Inggeris sebelum mempertimbangkan cadangan membawa guru dari Singapura. — The Merdeka Times