Connect with us

Terkini

(VIDEO) Aktivis “Gegar Amerika” kecam AS di majlis makan malam kedutaan

Aktivis “Gegar Amerika” menyuarakan bantahan terhadap tindakan kerajaan Amerika Syarikat (AS) bersubahat melakukan kekejaman genosid (pembunuhan beramai-ramai) di Gaza di Majlis Makan Malam Hari Kebangsaan AS di Hotel Mandarin Oriental, KLCC, semalam.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Aktivis “Gegar Amerika” menyuarakan bantahan terhadap tindakan kerajaan Amerika Syarikat (AS) melakukan kekejaman di Gaza di Majlis Makan Malam Hari Kebangsaan AS di Hotel Mandarin Oriental, KLCC, semalam.

KUALA LUMPUR – Aktivis “Gegar Amerika” menyuarakan bantahan terhadap tindakan kerajaan Amerika Syarikat (AS) bersubahat melakukan kekejaman genosid (pembunuhan beramai-ramai) di Gaza di Majlis Makan Malam Hari Kebangsaan AS di Hotel Mandarin Oriental, KLCC, semalam.

Video rakaman insiden itu dimuat naik kumpulan terbabit di platform X memaparkan seorang aktivis berbaju merah bertindak membantah tindakan AS menyalurkan senjata kepada Israel yang membunuh warga Palestin di Gaza, menyebabkannya dihalang dari memasuki premis tersebut.

“Kamu semua bersubahat dalam genosid. Kamu semua bersubahat, dalam pembunuhan beribu-ribu rakyat Palestin di Gaza, kamu bertanggungjawab, Amerika bertanggungjawab kerana menghantar senjata ke Gaza dan membunuh kanak-kanak Palestin.

“Kamu semua bertanggungjawab. Kamu semua menyokong pembunuh, kamu semua menyokong pembunuh, Malu ke atas kamu, malu ke atas kamu! Kamu memalukan kerana menyokong pembunuhan rakyat Palestin, 15,000 kanak-kanak di Gaza terbunuh.

“Bebaskan Palestin! Bebaskan Palestin! Bebaskan Palestin!,” kata aktivis itu dalam video dimuat naik pada 9.16 malam semalam (10 Jun 2024).

Gegar Amerika di platform X menyatakan mereka merupakan gerakan belia anti-imperialis dan anti-zionis, memperjuangkan kemerdekaan Dunia Selatan dari imperialisme Barat yang kini berfokus kepada isu Palestin.

Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) di platform X pada 7 Jun lalu menyeru kepada protes senyap Majlis Makan Malam Sambutan Kemerdekaan AS itu yang dijadualkan bermula 5.45 petang semalam.

The Star melaporkan Duta Besar AS ke Malaysia, Edgard D. Kagan berkata AS menghormati hak bersuara rakyat Malaysia menggesa pembebasan Palestin.

Perkara itu disebutnya apabila mengulas berkenaan situasi sekitar 100 penunjuk perasaan berhimpun dalam protes senyap di luar hotel itu di mana Kedutaan AS sedang mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan mereka yang ke-248. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Firdaus Wong sentiasa jaga fakta, bertanggungjawab dengan undang-undang negara – PERKASA

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menyifatkan Firdaus Wong Wai Hung sebagai pendakwah bebas yang sentiasa menjaga fakta dan pertuturan supaya tidak terlanjur menghina mana-mana agama.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali.
  • Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali berkata bukan perkara menghairankan apabila pendakwah bebas bersuara lantang itu diminta hadir ke IPD Petaling Jaya untuk dirakam keterangan kerana beliau sudah biasa dipanggil soal siasat atas laporan beberapa pihak, terutama dari persatuan-persatuan agama Hindu. 
  • Setakat ini katanya tiada satu kes pun menyaksikan Firdaus Wong didakwa selepas berdepan siasatan.
  • “PERKASA sudah lama mengenali pendakwah Firdaus Wong ini dan beliau sentiasa menjaga fakta dan pertuturan agar tidak terlanjur terhina mana-mana agama.
  • “PERKASA percaya pendakwah Firdaus Wong tiada masalah berdepan pihak berkuasa untuk disoal siasat dan Allah sentiasa melindungi beliau kerana beliau seorang penceramah bebas yang bertanggungjawab dengan undang-undang negara,” katanya kepada The Merdeka Times di sini pada Selasa.
  • Syed Hassan berkata demikian mengulas laporan The Merdeka Times berkenaan Firdaus Wong memaklumkan semalam beliau dipanggil polis untuk disoal siasat susulan satu laporan dibuat ke atasnya.

KUALA LUMPUR — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menyifatkan Firdaus Wong Wai Hung sebagai pendakwah bebas yang sentiasa menjaga fakta dan pertuturan supaya tidak terlanjur menghina mana-mana agama.

Presidennya, Syed Hassan Syed Ali berkata beliau percaya Firdaus Wong tiada masalah berdepan dengan pihak berkuasa untuk disoal siasat kerana beliau seorang pendakwah bebas yang bertanggungjawab dengan undang-undang negara.

Syed Hassan berkata bukan perkara menghairankan apabila pendakwah bebas bersuara lantang itu diminta hadir ke IPD Petaling Jaya untuk dirakam keterangan kerana beliau sudah biasa dipanggil soal siasat atas laporan beberapa pihak, terutama dari persatuan-persatuan agama Hindu

Bagaimanapun, setakat ini katanya tiada satu kes pun menyaksikan Firdaus Wong didakwa selepas berdepan siasatan.

“PERKASA sudah lama mengenali pendakwah Firdaus Wong ini dan beliau sentiasa menjaga fakta dan pertuturan agar tidak terlanjur terhina mana-mana agama.

“PERKASA percaya pendakwah Firdaus Wong tiada masalah berdepan pihak berkuasa untuk disoal siasat dan Allah sentiasa melindungi beliau kerana beliau seorang penceramah bebas yang bertanggungjawab dengan undang-undang negara.

“Semoga Saudara Firdaus Wong dipermudahkan oleh Allah SWT dalam segala urusan hariannya termasuk dengan soal siasat ini,” katanya kepada The Merdeka Times di sini pada Selasa.

Syed Hassan berkata demikian mengulas laporan The Merdeka Times berkenaan Firdaus Wong memaklumkan semalam beliau dipanggil polis untuk disoal siasat susulan satu laporan dibuat ke atasnya.

Firdaus Wong bagaimanapun tidak pasti laporan itu berkenaan kes apa dan siapakah pengadu kerana beliau hanya diminta hadir ke IPD Petaling Jaya untuk merakamkan keterangan.

Dalam pada itu, Peguam Rajesh Nagarajan dan Sachpreetraj Singh, mewakili Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy dilaporkan mengesahkan pihak berkuasa membuka kertas siasatan terhadap Firdaus Wong di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan susulan laporan dibuat kumpulan itu.

NGO itu sebelum ini membuat laporan polis dengan mendakwa Firdaus Wong memuat naik video mengenai cara untuk mengislamkan kanak-kanak bukan Islam secara rahsia.

Video dimuat naik Firdaus Wong di TikToknya memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Pendakwah bebas itu antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan, bagaimanapun penukaran agama mereka tidak perlu didaftarkan atau diumumkan. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending