Connect with us

Antarabangsa

Tentera British di Kenya dituduh rogol ratusan wanita tempatan – Laporan CNN

Tentera British dituduh merogol ratusan wanita Kenya sepanjang tempoh latihan ketenteraan mereka selama beberapa dekad di negara Afrika Timur itu sekaligus meninggalkan puluhan kanak-kanak dipercayai anak mereka.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera British dituduh merogol ratusan wanita Kenya sepanjang tempoh latihan ketenteraan mereka selama beberapa dekad di negara Afrika Timur itu sekaligus meninggalkan puluhan kanak-kanak dipercayai anak mereka.
  • Sekurang-kurangnya 69 bayi dilahirkan ekoran jenayah rogol tentera United Kingdom (UK).
  • Kanak-kanak yang dilahirkan hasil hubungan seks yang dipersetujui kedua belah pihak pula diabaikan tentera UK tersebut sebaik tamat latihan ketenteraan.

Tentera British dituduh merogol ratusan wanita Kenya sepanjang tempoh latihan ketenteraan mereka selama beberapa dekad di negara Afrika Timur itu sekaligus meninggalkan puluhan kanak-kanak dipercayai anak mereka.

Menurut laporan CNN pada Isnin, bayi darah campuran masih dilahirkan di kawasan luar bandar di tengah Kenya, di mana British Army Training Unit United Kingdom (BATUK) melakukan latihan ketenteraan.

Sekurang-kurangnya 69 bayi dilahirkan ekoran jenayah rogol tentera United Kingdom (UK).

Lapor CNN, kanak-kanak yang dilahirkan hasil hubungan seks yang dipersetujui kedua belah pihak pula diabaikan tentera UK tersebut sebaik tamat latihan ketenteraan.

Pada tahun 2009, beberapa penduduk kampung memberitahu Suruhanjaya Kebenaran, Keadilan, dan Rekonsiliasi Kenya bahawa mereka dijadikan mangsa rogol tentera British semasa sedang melakukan aktiviti harian.

Tentera British dituduh merogol beramai-ramai hampir 30 wanita, dengan ada dalam kalangan mereka diacukan pisau.

Suruhanjaya itu kemudiannya mendakwa pentadbiran Nairobi telah menghilangkan rekod fail mangsa.

Menurut CNN, peguam Kelvin Kubai sedang berusaha untuk membuka semula pertuduhan rogol melibatkan lebih 300 wanita.

“Sistem perundangan Kenya menawarkan penyelesaian yang lebih baik daripada apa yang ada di UK,” katanya kepada CNN.

Pelanggaran hak asasi manusia tidak mempunyai had masa di bawah undang-undang Kenya, yang membolehkan mangsa rogol puluhan tahun lalu diberi pampasan.

Ramai daripada penuduh meninggal dunia sementara menunggu kes mereka dibicarakan. –The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *