Connect with us

Terkini

Sumbangan Anwar, Kor Ming menjelang PRK Sungai Bakap jelas ada elemen sogokan, rasuah – Rasuah Busters

Rasuah Busters mendakwa beberapa sumbangan disalurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diterajui Nga Kor Ming di kawasan Pulau Pinang menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap adalah jelas mempunyai elemen sogokan dan rasuah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) & Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diterajui Nga Kor Ming (kanan).
  • Rasuah Busters mendakwa beberapa sumbangan disalurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diterajui Nga Kor Ming di kawasan Pulau Pinang menjelang PRK DUN Sungai Bakap adalah jelas mempunyai elemen sogokan dan rasuah.
  • Rasuah Busters berkata sebarang bentuk janji dan pemberian menjelang pilihan raya bukan saja menimbulkan tafsiran dan persepsi negatif rakyat, bahkan ia adalah ancaman besar yang mampu menggugat sistem demokrasi negara ini.
  • “Tindakan sedemikian memberi gambaran hipokrasi yang tidak mencerminkan aspirasi dan komitmen sebuah negara yang sedang berusaha memerangi rasuah dan ia adalah langkah terkebelakang bagi pemulihan tadbir urus serta struktur integriti negara.
  • “Di #RasuahBusters, fokus kami adalah pada apa yang betul, bukan siapa berkuasa. Sumbangan sebegini adalah salah dan kami akan tetap berpegang pendirian ini walau gabungan mana pun menerajui kepimpinan negara. 
  • “Tidak kira siapa berkuasa; betul tetap betul, SALAH TETAP SALAH!” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Rasuah Busters mendakwa beberapa sumbangan disalurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diterajui Nga Kor Ming di kawasan Pulau Pinang menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap adalah jelas mempunyai elemen sogokan dan rasuah.

Rasuah Busters berkata sebarang bentuk janji dan pemberian menjelang pilihan raya bukan saja menimbulkan tafsiran dan persepsi negatif rakyat, bahkan ia adalah ancaman besar yang mampu menggugat sistem demokrasi negara ini.

“Tindakan sedemikian memberi gambaran hipokrasi yang tidak mencerminkan aspirasi dan komitmen sebuah negara yang sedang berusaha memerangi rasuah dan ia adalah langkah terkebelakang bagi pemulihan tadbir urus serta struktur integriti negara.

“Di #RasuahBusters, fokus kami adalah pada apa yang betul, bukan siapa berkuasa. Sumbangan sebegini adalah salah dan kami akan tetap berpegang pendirian ini walau gabungan mana pun menerajui kepimpinan negara. 

“Tidak kira siapa berkuasa; betul tetap betul, SALAH TETAP SALAH!” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Rabu.

Pada 11 Jun lalu, KPKT dilaporkan memperuntukkan hampir RM18 juta bagi melaksanakan 10 projek pembangunan infrastruktur awam di kawasan Seberang Perai meliputi kategori bina baharu, baik pulih pembangunan, kerja-kerja menaik taraf landskap dan penyaluran peruntukan kepada 6 Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI).

Pada hari sama, Anwar menerusi Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin juga menyampaikan sumbangan RM290,000 kepada sembilan masjid dan 20 surau di DUN Sungai Bakap bersempena perayaan Aidiladha.

Mengulas lanjut, Rasuah Busters berkata keadilan dalam pilihan raya tidak harus dinodai amalan lapuk membeli undi rakyat dengan menaburkan habuan di mana sumber kerajaan tersebut sepatutnya diagihkan secara adil kepada yang berhak tanpa mengira masa dan tempat.

“Kerajaan perlu sentiasa berhati-hati dengan tatakelola penggunaan sumbernya semasa tempoh sensitif sekitar mana-mana pilihan raya. 

“Fungsi biasa harus diteruskan tetapi sebarang tindak-tanduk yang jelas akan mempengaruhi pilihan raya hendaklah dihentikan serta merta,” katanya.

Mengulas isu sama, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Pulau Pinang turut menyelar tindakan beberapa pemimpin kerajaan yang didakwa menggunakan sumber kerajaan untuk menarik undi menjelang PRK DUN Sungai Bakap pada Julai nanti.

MUDA Pulau Pinang berkata kerajaan perlu sedar penggunaan ‘gula-gula pilihan raya’ adalah tidak beretika, malah Pakatan Harapan sendiri pernah mengutuk perbuatan itu semasa menjadi pembangkang.

Katanya, budaya seperti itu perlu diberhentikan segera supaya proses pilihan raya dapat berjalan secara adil dan saksama. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kadar kesuburan Malaysia menurun secara ketara – Nancy

Kadar kesuburan jumlah (TFR) rakyat Malaysia mencatatkan penurunan ketara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata Laporan Perangkaan Penting 2023 oleh DOSM menunjukkan TFR di Malaysia menurun daripada 2.1 orang anak pada 2010 kepada 1.6 orang anak pada 2022.
  • “Terdapat pelbagai faktor menyumbang kepada penurunan TFR termasuk faktor ekonomi, cara gaya hidup yang antaranya boleh mempengaruhi keputusan pilihan umur untuk berkahwin, bilangan anak dan sebagainya.
  • “Pada masa sama, masalah ketidaksuburan turut boleh mempengaruhi kadar TFR,” katanya ketika menggulung perbahasan mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia tahun 2021 dan 2022 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat (KPWKM) di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR — Kadar kesuburan jumlah (TFR) rakyat Malaysia mencatatkan penurunan ketara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata Laporan Perangkaan Penting 2023 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan bahawa TFR di Malaysia menurun daripada 2.1 orang anak pada 2010 kepada 1.6 orang anak pada 2022.

“Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada penurunan TFR termasuklah faktor ekonomi, cara gaya hidup yang antaranya boleh mempengaruhi keputusan pilihan umur untuk berkahwin, bilangan anak dan sebagainya.

“Pada masa yang sama, masalah ketidaksuburan turut boleh mempengaruhi kadar TFR,” katanya ketika menggulung perbahasan mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia tahun 2021 dan 2022 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat (KPWKM) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata mengikut unjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, beberapa negara di rantau Asia dan Pasifik seperti Jepun, Australia, Singapura, Indonesia dan Thailand turut mencatatkan kadar kesuburan yang amat rendah, iaitu berada di bawah paras penggantian.

Nancy berkata sebagai respons kepada keadaan itu, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melaksanakan pelbagai inisiatif, termasuk menawarkan perkhidmatan rawatan kesuburan pada kos berpatutan, menyediakan klinik merawat masalah kesuburan lelaki serta memberi insentif pengecualian cukai sehingga RM8,000 kepada pasangan yang mendapatkan rawatan kesuburan.

“LPPKN juga telah diberi mandat untuk menubuhkan Pusat Subfertiliti Negara yang dilengkapi dengan segala kemudahan rawatan kesuburan di bawah satu bumbung bagi memberi perkhidmatan kesuburan serba moden dengan kos berpatutan,” katanya.

Menurut Nancy, pihaknya bagaimanapun berpandangan keputusan mempunyai anak dan penentuan bilangan anak adalah hak tersendiri setiap pasangan.

“Terdapat pelbagai faktor mempengaruhi keputusan untuk memiliki anak, bilangan anak dan penurunan TFR. KPWKM melalui LPPKN membantu dalam membuat intervensi untuk mereka yang berhadapan dengan masalah ketidaksuburan,” katanya. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending