Connect with us

Antarabangsa

Roket dan bahan letupan “buatan India” hentam Gaza

Selepas pengeboman tempat perlindungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) oleh rejim Israel di Kem Pelarian Nuseirat di Gaza, Quds News Network mengeluarkan video menunjukkan penemuan sisa peluru berpandu dipercayai “buatan India”.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tangkap layar video letupan “buatan India” hentam Gaza.
  • Selepas pengeboman tempat perlindungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) oleh rejim Israel di Kem Pelarian Nuseirat di Gaza, Quds News Network mengeluarkan video menunjukkan penemuan sisa peluru berpandu dipercayai “buatan India”.
  • Sisa letupan dijatuhkan pesawat perang Israel pada 6 Jun lalu itu ditemui di runtuhan dengan label tertera nama negara tersebut.
  • Dokumen dilihat Al Jazeera dan kenyataan syarikat mencadangkan bahagian-bahagian senjata dari India, iaitu sebuah negara yang selama ini mengesyorkan dialog berbanding tindakan ketenteraan dalam menyelesaikan konflik kini secara senyap menyelinap senjata ke Israel.
  • Penganalisis menyifatkan kurangnya ketelusan berkenaan bantuan kepada Israel menyebabkannya menyelinap di bawah radar tanpa diberi perhatian.

Selepas pengeboman tempat perlindungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) oleh rejim Israel di Kem Pelarian Nuseirat di Gaza, Quds News Network mengeluarkan video menunjukkan penemuan sisa peluru berpandu dipercayai buatan India”.

Sisa letupan dijatuhkan pesawat Israel pada 6 Jun lalu itu ditemui di runtuhan dengan label tertera nama negara tersebut.

Dokumen dilihat Al Jazeera dan kenyataan syarikat mencadangkan bahagian-bahagian senjata dari India, iaitu sebuah negara yang selama ini mengesyorkan dialog berbanding tindakan ketenteraan dalam menyelesaikan konflik kini secara senyap menyelinap senjata ke Israel.

Penganalisis menyifatkan kurangnya ketelusan berkenaan bantuan kepada Israel menyebabkannya menyelinap di bawah radar tanpa diberi perhatian.

Penyelidik di Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI), Zain Hussain memberitahu Al Jazeera bahawa “kekurangan maklumat yang boleh disahkan menyukarkan penentuan sama ada pemindahan bantuan telah berlaku”.

Tetapi “kerjasama antara India dan Israel sekarang ini telah berlaku selama beberapa tahun.

Oleh itu “tidak mustahil kita mungkin melihat beberapa komponen buatan India digunakan oleh Israel (dalam perangnya ke atas Gaza),” kata Hussain. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *