Connect with us

Terkini

Orang ramai disaran beri cadangan pelan pembangunan pendidikan baharu

Orang ramai disaran menyumbang cadangan bagi menghasilkan pelan pembangunan pendidikan baharu yang telah bermula 14 Mei lalu hingga 31 Disember ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan pelan baharu itu bertujuan menggantikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang hampir sampai ke penghujung pelaksanaannya.
  • “Selaras dengan konsep whole of society approach, KPM mengalu-alukan cadangan daripada pelbagai pihak dalam bentuk memorandum atau kertas cadangan untuk membantu menghasilkan pelan pendidikan masa depan yang komprehensif dan holistik,” menurut KPM dalam kenyataan di sini hari ini.
  • Portal Cadangan Masa Depan Pendidikan Malaysia 2026-2036 boleh diakses melalui pautan https://www.moe.gov.my/pelanpendidikan2026/public.

PUTRAJAYA — Orang ramai disaran menyumbang cadangan bagi menghasilkan pelan pembangunan pendidikan baharu yang telah bermula 14 Mei lalu hingga 31 Disember ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan pelan baharu itu bertujuan menggantikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang hampir sampai ke penghujung pelaksanaannya.

“Selaras dengan konsep whole of society approach, KPM mengalu-alukan cadangan daripada pelbagai pihak dalam bentuk memorandum atau kertas cadangan untuk membantu menghasilkan pelan pendidikan masa depan yang komprehensif dan holistik,” menurut KPM dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagi tujuan itu, KPM memaklumkan portal cadangan Masa Depan Pendidikan Malaysia 2026-2036 telah dibangunkan bertujuan memudahkan pengumpulan maklumat, cadangan dan idea daripada seluruh masyarakat berkaitan hala tuju pendidikan negara.

Portal Cadangan Masa Depan Pendidikan Malaysia 2026-2036 boleh diakses melalui pautan https://www.moe.gov.my/pelanpendidikan2026/public. — BERNAMA

Author

Terkini

Lelaki mohon pengisytiharan sebagai Sikh, tidak pernah beragama Islam

Mengaku dibesarkan dalam kepercayaan Sikh sejak kecil, seorang lelaki berusia 28 tahun merujuk mahkamah sivil untuk membuat pengisytiharan dia tidak pernah beragama Islam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lelaki itu memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Dis 2023, berhubung dakwaan dia dibesarkan sebagai Sikh oleh arwah ibunya yang mualaf.
  • Menurut afidavit lelaki itu, ibunya, yang meninggal dunia pada 17 Nov 2007, pada mulanya seorang Sikh dan memeluk Islam selepas berkahwin dengan bapanya, seorang Muslim dari Pakistan, pada 8 Ogos 1993.
  • Lelaki itu berkata dia dilahirkan di Malaysia pada 25 Jun 1996, namun ibunya terus membesarkannya sebagai Sikh dan dia terus diajar Sikh pada zaman kanak-kanaknya oleh bapa saudaranya.
  • MAIWP bagaimanapun memohon untuk membatalkan saman itu tanpa dikenakan perbicaraan penuh dengan alasan hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa menentukan status agama lelaki itu.
  • Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan MAIWP untuk membatalkan permohonan pada 30 Sept.

KUALA LUMPUR — Mengaku dibesarkan dalam kepercayaan Sikh sejak kecil, seorang lelaki berusia 28 tahun merujuk mahkamah sivil untuk membuat pengisytiharan dia tidak pernah beragama Islam.

Lelaki itu memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Dis 2023, berhubung dakwaan dia dibesarkan sebagai Sikh oleh arwah ibunya yang mualaf.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagaimanapun memohon untuk membatalkan saman itu tanpa dikenakan perbicaraan penuh dengan alasan hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa menentukan status agama lelaki itu.

Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan MAIWP untuk membatalkan permohonan pada 30 Sept.

Menurut afidavit lelaki itu, ibunya, yang meninggal dunia pada 17 Nov 2007, pada mulanya seorang Sikh dan memeluk Islam selepas berkahwin dengan bapanya, seorang Muslim dari Pakistan, pada 8 Ogos 1993.

Lelaki itu berkata dia dilahirkan di Malaysia pada 25 Jun 1996, namun ibunya terus membesarkannya sebagai Sikh dan dia terus diajar Sikh pada zaman kanak-kanaknya oleh bapa saudaranya.

Penduduk di Setapak, Kuala Lumpur itu berhujah bahawa dia tidak tertakluk kepada undang-undang Islam kerana tidak pernah menganut agama itu dan didikan di rumah adalah mengikut kepercayaan dan doktrin Sikh.

“Sehingga hari ini, saya masih mengamalkan agama Sikh dan kerap melawat kuil Sikh bersama bapa-bapa saudara dan keluarga saya dan meraikan semua perayaan-perayaan dan upacara keagamaan Sikh seperti Vaisakhi, Gurpurab, Akand Paath, Bandi Chor Divas dan Lohri.

“Saya tidak pernah menganut Islam secara rela pada bila-bila masa. Saya tidak pernah berdoa mengikut agama Islam atau melawat masjid.

“Saya tidak pernah merayakan mana-mana perayaan umat Islam atau mengamalkan apa-apa kepercayaan Islam, termasuk hanya mengambil makanan atau minuman halal dan berpuasa.

“Sebaliknya, saya biasanya akan menjadi vegetarian setiap kali saya melawat kuil atau sebelum perayaan Sikh,” katanya dipetik MalaysiaKini hari ini.

Pemohon berpendapat Butiran 1 di bawah “Senarai II-Senarai Negeri” Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa undang-undang Islam hanya terpakai kepada orang yang “rela menganut agama Islam”.

“Sepanjang hidup saya, apabila dipanggil untuk membuat pengisytiharan lisan tentang agama pilihan saya, saya sentiasa menjawab ‘Sikhisme’,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending