Connect with us

Antarabangsa

Mayat kanak-kanak Gaza ‘berkecai’ dalam serangan Israel di sekolah UNRWA

Pengeboman rejim zionis Israel ke atas sekolah menempatkan orang kehilangan tempat tinggal di kem pelarian Al-Nuseirat di tengah Gaza membunuh 40 orang, termasuk 14 kanak-kanak dan sembilan wanita, kata dua pegawai Gaza pada Khamis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengeboman rejim zionis Israel ke atas sekolah menempatkan orang kehilangan tempat tinggal di kem pelarian Al-Nuseirat di tengah Gaza membunuh 40 orang, termasuk 14 kanak-kanak dan sembilan wanita, kata dua pegawai Gaza pada Khamis.
  • The New Arab melaporkan antara yang cedera dan terbunuh adalah kanak-kanak yang mayatnya tiba dalam keadaan berkecai di Hospital Syahid Al-Aqsa di bandar Deir Al-Balah.
  • Serangan udara Israel semalaman itu menyasarkan sekolah Al-Sardi yang sesak dan dipenuhi penduduk terusir yang melarikan diri selama lapan bulan dalam serangan ganas Israel di wilayah Gaza.
  • Pejabat Media Kerajaan Gaza mengutuk serangan itu sebagai “pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan… yang memalukan manusia.”
  • “Kami menganggap pendudukan Israel dan pentadbiran Amerika bertanggungjawab sepenuhnya atas jenayah kemanusiaan yang dilakukan di Gaza,” kata pejabat media itu.

Pengeboman rejim zionis Israel ke atas sekolah menempatkan orang kehilangan tempat tinggal di kem pelarian Al-Nuseirat di tengah Gaza membunuh 40 orang, termasuk 14 kanak-kanak dan sembilan wanita, kata dua pegawai Gaza pada Khamis.

The New Arab melaporkan antara yang cedera dan terbunuh adalah kanak-kanak yang mayatnya tiba dalam keadaan berkecai di Hospital Syahid Al-Aqsa di bandar Deir Al-Balah.

Serangan udara Israel semalaman itu menyasarkan sekolah Al-Sardi yang sesak dan dipenuhi penduduk terusir yang melarikan diri selama lapan bulan dalam serangan ganas Israel di wilayah Gaza.

Pejabat Media Kerajaan Gaza mengutuk serangan itu sebagai “pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan… yang memalukan manusia”.

“Kami menganggap pendudukan Israel dan pentadbiran Amerika bertanggungjawab sepenuhnya atas jenayah kemanusiaan yang dilakukan di Gaza,” kata pejabat media itu.

Tentera Israel mendakwa ia menyasarkan “kawasan Hamas” dalam sekolah dimiliki  Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).

“Jet pejuang… melakukan serangan tepat menyasarkan kawasan Hamas di dalam sekolah UNRWA di kawasan Al-Nuseirat,” kata tentera rejim dalam satu kenyataan.

Pengarah Pejabat Media Kerajaan Gaza, Ismail Al-Thawabta dan seorang pegawai Kementerian Kesihatan Gaza memberitahu Reuters bahawa 40 orang terbunuh dan 73 cedera. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

EVALI: Paru-paru pengguna vape 19 tahun seperti ‘kaca pecah’

Seorang remaja wanita di Amerika Syarikat (AS) terpaksa dibantu menggunakan alat bantuan pernafasan (ventilator) selepas tabiatnya menghisap e-rokok (vape) menyebabkan paru-parunya mengalami keradangan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang remaja wanita di Amerika Syarikat (AS) terpaksa dibantu menggunakan alat bantuan pernafasan (ventilator) selepas tabiatnya menghisap e-rokok (vape) menyebabkan paru-parunya mengalami keradangan.
  • Daily Mail melaporkan gadis berusia 19 tahun itu ke jabatan kecemasan dengan bacaan demam yang tinggi, kesukaran bernafas dan kekurangan oksigen dalam darah.
  • Remaja wanita itu pada awalnya didiagnosis dengan pneumonia (radang paru-paru) bakteria teruk yang menyebabkan dirinya dirawat menggunakan antibiotik.
  • Imbasan dilakukan menunjukkan bintik-bintik lut sinar seperti ‘kaca pecah’ di paru-parunya, menunjukkan paru-parunya dipenuhi cecair dan tanda berlakunya kerosakan tisu.
  • Mereka akhirnya bertanya sama ada remaja wanita itu pengguna e-rokok dan selepas mengenepikan Covid dan pneumonia disebabkan bakteria sebagai punca, dia didiagnos dengan Kerosakan Paru-Paru Berkaitan Penggunaan Produk E-rokok atau Vape (EVALI).

Seorang remaja wanita di Amerika Syarikat (AS) terpaksa dibantu menggunakan alat bantuan pernafasan (ventilator) selepas tabiatnya menghisap e-rokok (vape) menyebabkan paru-parunya mengalami keradangan.

Daily Mail melaporkan gadis berusia 19 tahun itu ke jabatan kecemasan dengan bacaan demam yang tinggi, kesukaran bernafas dan kekurangan oksigen dalam darah.

Remaja wanita itu pada awalnya didiagnosis dengan pneumonia (radang paru-paru) bakteria teruk yang menyebabkan dirinya dirawat menggunakan antibiotik.

Doktor kemudiannya bingung apabila rawatan antibiotik itu tidak menghasilkan kesan positif.

Imbasan dilakukan menunjukkan bintik-bintik lut sinar seperti ‘kaca pecah’ di paru-parunya, menunjukkan paru-parunya dipenuhi cecair dan tanda berlakunya kerosakan tisu.

Mereka akhirnya bertanya sama ada remaja wanita itu pengguna e-rokok dan selepas mengenepikan Covid dan pneumonia disebabkan bakteria sebagai punca, dia didiagnos dengan Kerosakan Paru-Paru Berkaitan Penggunaan Produk E-rokok atau Vape (EVALI).

EVALI menjadi kebimbangan selama bertahun-tahun di negara itu apabila kadar penggunaannya dalam kalangan remaja dilihat melonjak.

Laporan kesihatan awam menunjukkan sekitar 2,800 pesakit dimasukkan ke hospital disebabkan EVALI pada 2020, 15 peratus kes membabitkan remaja, isyarat bermulanya wabak kecil kes EVALI di seluruh AS.

Wanita muda itu mengalami gejala selama seminggu sebelum ke hospital, termasuk bacaan demam yang tinggi sehingga menggigil, batuk dan sesak nafas semasa berehat. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending