Connect with us

Terkini

Malaysia duduki tangga teratas dunia minta kandungan TikTok diturunkan

Malaysia menduduki tempat teratas dalam senarai pentadbiran di dunia meminta TikTok menurunkan kandungan di platformnya dalam tempoh separuh kedua tahun lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Malaysia menduduki tempat teratas dalam senarai pentadbiran di dunia meminta TikTok menurunkan kandungan di platformnya dalam tempoh separuh kedua tahun lalu.
  • BenarNews melaporkan ia berdasarkan data dikeluarkan syarikat itu pada Jumaat lalu, sebulan selepas Malaysia jatuh 34 anak tangga dalam indeks kebebasan media antarabangsa tahun ini.
  • Menurut data TikTok, syarikat itu menyatakan ia mengambil tindakan terhadap 2,970 kandungan pada separuh kedua 2023 kerana dilaporkan melanggar undang-undang Malaysia, manakala 2,514 lagi diambil tindakan setelah dikesan melanggar garis panduan komuniti TikTok sendiri.
  • Platform video pendek TikTok pula menerima 2,202 permintaan Putrajaya untuk mengalih keluar lebih 6,000 kandungan, demikian menurut “Laporan Permintaan Pembuangan Kerajaan” tahunan TikTok bagi 2023.
  • Jumlah permintaan daripada kerajaan Malaysia untuk penyingkiran kandungan adalah 29 kali lebih tinggi pada tahun lepas berbanding 75 pada 2022.
  • Antara negara lain membuat permintaan tertinggi untuk menurunkan kandungan TikTok bagi separuh kedua 2023 adalah Australia (651), Kazakhstan (421) dan Rusia (396), manakala di rantau Asia Tenggara, Indonesia merekodkan bilangan kedua tertinggi dengan 351 permintaan, diikuti Vietnam (138), Filipina (113), Thailand (70), Singapura (47) dan Kemboja (7).

Malaysia menduduki tempat teratas dalam senarai pentadbiran di dunia meminta TikTok menurunkan kandungan di platformnya dalam tempoh separuh kedua tahun lalu.

BenarNews melaporkan ia berdasarkan data dikeluarkan syarikat itu pada Jumaat lalu, sebulan selepas Malaysia jatuh 34 anak tangga dalam indeks kebebasan media antarabangsa tahun ini.

Menurut data TikTok, syarikat itu menyatakan ia mengambil tindakan terhadap 2,970 kandungan pada separuh kedua 2023 kerana dilaporkan melanggar undang-undang Malaysia, manakala 2,514 lagi diambil tindakan setelah dikesan melanggar garis panduan komuniti TikTok sendiri.

Platform video pendek TikTok pula menerima 2,202 permintaan Putrajaya untuk mengalih keluar lebih 6,000 kandungan, demikian menurut “Laporan Permintaan Pembuangan Kerajaan” tahunan TikTok bagi 2023.

1,862 daripada jumlah keseluruhan permintaan itu, iaitu dari Julai hingga Disember, telah diambil tindakan kerana didapati melanggar undang-undang negara, bagaimanapun TikTok tidak memperincikan bentuk pelanggaran undang-undang atau garis panduan komuniti berhubung permintaan dan tindakan diambil.

Syarikat milik ByteDance itu menegaskan ia meneliti setiap permintaan mana-mana kerajaan dan hanya mengambil tindakan berdasarkan garis panduan dan terma perkhidmatan platform tersebut serta undang-undang terpakai ke atasnya.

TikTok menjelaskan ia tidak menurunkan kandungan dalam semua tindakan mereka ambil, sebaliknya mengehadkan hantaran didapati melanggar undang-undang tempatan daripada disiarkan di kawasan di mana ia menjadi satu kesalahan.

“Sekiranya kami percaya sesuatu permintaan itu tidak sah di sisi undang-undang atau tidak melanggar garis panduan komuniti, kami akan menolak permintaan tersebut,” kata TikTok dipetik BenarNews pada Jumaat.

Jumlah permintaan daripada kerajaan Malaysia untuk penyingkiran kandungan adalah 29 kali lebih tinggi pada tahun lepas berbanding 75 pada 2022.

Antara negara lain membuat permintaan tertinggi untuk menurunkan kandungan TikTok bagi separuh kedua 2023 adalah Australia (651), Kazakhstan (421) dan Rusia (396), manakala di rantau Asia Tenggara, Indonesia merekodkan bilangan kedua tertinggi dengan 351 permintaan, diikuti Vietnam (138), Filipina (113), Thailand (70), Singapura (47) dan Kemboja (7).

BenarNews memaklumkan pihaknya juga berusaha menghubungi Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mendapatkan butiran tentang mengapa permintaan pengalihan keluar kandungan lima kali lebih tinggi pada separuh kedua 2023, berbanding pertama dan 29 kali lebih tinggi pada 2023 berbanding tahun sebelumnya, bagaimanapun kedua-duanya tidak menjawab pertanyaan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *