Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Kongsi gambar korban di Whatsapp, pelampau Hindu rosakkan kedai peniaga Muslim di India

Kedai tekstil milik seorang Muslim di Nahan, Himachal Pradesh, India, diselongkar dan dirosakkan perusuh Hindu pada Rabu setelah pemilik kedai itu dikatakan berkongsi gambar korban haiwan di status WhatsAppnya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tangkap layar video kejadian yang tular kedai tekstil milik seorang Muslim diselongkar dan dirosakkan perusuh Hindu.

Kedai tekstil milik seorang Muslim di Nahan, Himachal Pradesh, India, diselongkar dan dirosakkan perusuh Hindu pada Rabu setelah pemilik kedai itu dikatakan berkongsi gambar korban haiwan di status WhatsAppnya.

Maktoob Media melaporkan video kejadian yang kini tular itu menunjukkan pihak polis hanya melihat tanpa bertindak saat kedai tersebut dirosakkan.

Pemilik kedai yang diserang itu dikenali sebagai Javed, berasal dari Saharanpur, Uttar Pradesh, dan telah menjalankan perniagaannya di Nahan selama beberapa tahun.

Selepas kedai dirosakkan, pelampau Hindu berarak menuju pejabat pegawai daerah, menjerit slogan “Goli Maaro Saalo Ko” (Tembak pengkhianat) dan “Jai Shri Ram” (Kemenangan bagi tuhan Rama).

Serangan kumpulan pelampau Hindu itu berlaku sehari selepas kumpulan-kumpulan Hindutva termasuk Akhil Bharatiya Vidhyarthi Parishad dan Persatuan Peniaga mencetuskan kekecohan di bandar tersebut pada Selasa. 

Kumpulan ini memfailkan aduan kepada polis mendakwa bahawa gambar penyembelihan haiwan itu menyakiti mereka dan menuntut tindakan tegas terhadap peniaga tersebut. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *