Connect with us

Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Paderi Kristian jual lot tanah di syurga

Paderi sebuah gereja Kristian Sepanyol tular kerana menawarkan dan menjual lot tanah di syurga dengan harga USD100 bagi setiap meter persegi.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Poster paderi sebuah gereja Kristian Sepanyol tular kerana menawarkan dan menjual lot tanah di syurga.
  • Paderi sebuah gereja Kristian Sepanyol tular kerana menawarkan dan menjual lot tanah di syurga dengan harga USD100 bagi setiap meter persegi.
  • Paderi Entoms mendakwa hasil dialognya dengan tuhan pada 2017 memberikannya kuasa jualan terhadap tanah di syurga bermula pada harga USD100 setiap meter persegi.
  • Pembelian dilakukan menjamin tempat pembelinya di syurga berhampiran istana tuhan, tanpa mengambil kira saiz tanah terlibat.
  • Sebuah risalah edaran mengandungi maklumat dan cara pembelian tanah tersebut sedang beredar dalam talian. 
  • Risalah itu turut menyatakan pilihan pembayaran melalui Visa, Master Card, Google Pay, American Express dan Apple Pay selain tawaran pelan pembayaran ansuran.

Paderi sebuah gereja Kristian Sepanyol tular kerana menawarkan dan menjual lot tanah di syurga dengan harga USD100 bagi setiap meter persegi.

Times Now News melaporkan Paderi Entoms mendakwa hasil dialognya dengan tuhan pada 2017 memberikannya kuasa jualan terhadap tanah di syurga bermula pada harga USD100 setiap meter persegi.

Pembelian dilakukan menjamin tempat pembelinya di syurga berhampiran istana tuhan, tanpa mengambil kira saiz tanah terlibat.

Sebuah risalah edaran mengandungi maklumat dan cara pembelian tanah tersebut sedang beredar dalam talian. 

Risalah itu menunjukkan sebuah rumah kelas pertengahan terletak tinggi di antara awan, dengan empat sekeluarga menghadap tangga emas menuju rumah ‘syurga’ tersebut.

Risalah itu turut menyatakan pilihan pembayaran melalui Visa, Master Card, Google Pay, American Express dan Apple Pay selain tawaran pelan pembayaran ansuran.

Pempengaruh hartanah, Armando Pantoja mendakwa menerusi akaun media sosialnya bahawa gereja Kristian itu memperoleh jutaan dolar hasil jualan ‘tanah syurga’ itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending