Antarabangsa
ETGE kecam Menteri Luar Turkiye sokong “integriti wilayah dan kedaulatan” China
Kerajaan Turkistan Timur dalam Pengasingan (ETGE) mengecam tindakan dan kenyataan Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan yang menyokong “integriti wilayah dan kedaulatan” China.
- Kerajaan Turkistan Timur dalam Pengasingan (ETGE) mengecam tindakan dan kenyataan Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan yang menyokong “integriti wilayah dan kedaulatan” China.
- Menurut kenyataan China dipetik SCMP, Fidan memberitahu Naib Presiden China, Han Zheng dalam satu pertemuan semalam bahawa Turkiye berpegang kepada prinsip satu China dan “tidak akan membenarkan aktiviti di Turkiye yang menjejaskan integriti wilayah China”.
- Perkara itu menurut ETGE menggambarkan pengkhianatan terhadap etnik Uyghur dan etnik Turkiye lain yang berdepan genosid di bawah pendudukan China.
- “Dengan menunjukkan ‘sokongan penuh’ terhadap apa yang dipanggil ‘integriti wilayah dan kedaulatan politik’ China dan ‘menyokong China menentang aktiviti pengganas’, suatu eufemisme (ungkapan lembut) ganjil yang digunakan China untuk menggambarkan dan menghalalkan genosid Uyghur, Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan telah mengkhianati nilai teras dan kehormatan negara Turkiye dan perjuangan Turkistan Timur,” kata Menteri Luar Negeri dan Keselamatan ETGE, Salih Hudayar.
- Mengikut sejarah, Turkistan Timur merupakan sebuah negara merdeka, diceroboh Komunis China pada 12 Oktober 1949, dan berada di bawah pendudukan China sejak 22 Disember 1949.
Kerajaan Turkistan Timur dalam Pengasingan (ETGE) mengecam tindakan dan kenyataan Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan yang menyokong “integriti wilayah dan kedaulatan” China.
Menurut kenyataan China dipetik SCMP, Fidan memberitahu Naib Presiden China, Han Zheng dalam satu pertemuan semalam bahawa Turkiye berpegang kepada prinsip satu China dan “tidak akan membenarkan aktiviti di Turkiye yang menjejaskan integriti wilayah China”.
Perkara itu menurut ETGE menggambarkan pengkhianatan terhadap etnik Uyghur dan etnik Turkiye lain yang berdepan genosid di bawah pendudukan China.
“Dengan menunjukkan ‘sokongan penuh’ terhadap apa yang dipanggil ‘integriti wilayah dan kedaulatan politik’ China dan ‘menyokong China menentang aktiviti pengganas’, suatu eufemisme (ungkapan lembut) ganjil yang digunakan China untuk menggambarkan dan menghalalkan genosid Uyghur, Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan telah mengkhianati nilai teras dan kehormatan negara Turkiye dan perjuangan Turkistan Timur,” kata Menteri Luar Negeri dan Keselamatan ETGE, Salih Hudayar.
Mengikut sejarah, Turkistan Timur merupakan sebuah negara merdeka, diceroboh Komunis China pada 12 Oktober 1949, dan berada di bawah pendudukan China sejak 22 Disember 1949.
Negara itu mengisytiharkan kemerdekaannya sebagai Republik Turkistan Timur dua kali pada 1933 1944 sebelum pencerobohan China.
Turkistan Timur berkongsi hubungan budaya, etnik, agama dan bahasa yang mendalam dengan Turkiye, sebagai tempat lahirnya tamadun Turkiye dan tanah air nenek moyang orang Turkiye. – The Merdeka Times