Terkini
(VIDEO) Anwar ada 6 bulan buat perubahan atau bakal ‘dijatuhkan’ – Penganjur ‘Demo Rakyat Lawan Anwar’
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan tempoh enam bulan untuk melakukan perubahan dan penambahbaikan atau beliau berdepan risiko ‘dijatuhkan’ rakyat.
- “Ramai sahabat saya hari ini mahu Anwar turun (dari jadi Perdana Menteri) tapi kita punya objektif hari ini bukan mahu Anwar turun, kita mahu Anwar buck up (meningkatkan prestasi) jadi seperti mana any performance management pertama dia buat salah kita bagi dia warning letters.
- “Jadi kita berlaku sangat adil untuknya tetapi kita hanya memberi dia enam bulan sehingga ulang tahun keduanya sebagai perdana menteri jika tiada perubahan I willing to go even further to bring him down for real,” kata Penganjur ‘Demo Rakyat Lawan Anwar’ yang juga Ketua Penggerak Demi Negara, Aidil Yunus ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Demo Rakyat Lawan Anwar di Putrajaya hari ini.
- Beliau berkata perhimpunan itu diadakan untuk memberi amaran pertama kepada Anwar, sekali gus mengemukakan lapan tuntutan rakyat.
- “Yes (akan ada perhimpunan pusingan kedua jika tuntutan tak dilayan), round two kita akan turun ke Tambun… kita bagi 30 hari untuk dia (Anwar) react terhadap tuntutan dikemukakan selepas itu kita akan turun ke Tambun,” katanya.
KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan tempoh enam bulan untuk melakukan perubahan dan penambahbaikan atau beliau berdepan risiko ‘dijatuhkan’ rakyat.
Penganjur ‘Demo Rakyat Lawan Anwar’ yang juga Ketua Penggerak Demi Negara, Aidil Yunus berkata Anwar telah menyusahkan rakyat sepanjang tempoh 18 bulan pemerintahannya.
Beliau berkata pihaknya menganjurkan perhimpunan tolak Anwar pada hari ini untuk memberikan amaran pertama kepada Perdana Menteri itu, sekali gus mengemukakan lapan tuntutan rakyat.
“Ramai sahabat saya hari ini mahu Anwar turun (dari jadi Perdana Menteri) tapi kita punya objektif hari ini bukan mahu Anwar turun, kita mahu Anwar buck up (meningkatkan prestasi) jadi seperti mana any performance management pertama dia buat salah kita bagi dia warning letters.
“Jadi kita berlaku sangat adil untuknya tetapi kita hanya memberi dia enam bulan sehingga ulang tahun keduanya sebagai perdana menteri jika tiada perubahan I willing to go even further to bring him down for real.
“Kalau dia rasa apa yang jadi sebelum ni adalah benda yang dah hebat kita boleh buat, kita telah buktikan ia hari ini bila kita buat (perhimpunan) di luar (kediaman rasmi dia) anda boleh nampak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Demo Rakyat Lawan Anwar di kawasan letak kenderaan pekarangan Kompleks Seri Perdana di Putrajaya.
Menerusi perhimpunan itu, terdapat lapan tuntutan dikemukakan terhadap Anwar antaranya mengembalikan semula subsidi diesel, mengembalikan beras putih tempatan (BPT) di pasaran, membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan menangani kenaikan kos sara hidup.
Tuntutan lain termasuk menyelamatkan sistem kesihatan negara, memberi peruntukan sama rata kepada ahli Parlimen pembangkang dan tidak menyekat hak kebebasan bersuara.
Perkara itu dikemukakan beberapa individu, termasuk aktivis politik, pempengaruh media sosial, wakil pencarum KWSP dan beberapa pemimpin politik tempatan.
Aidil Yunus yang juga dikenali ‘YB Viral’ berkata tempoh 30 hari diberikan kepada Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun untuk memberi maklum balas terhadap lapan tuntutan di perhimpunan berkenaan.
“Yes (akan ada perhimpunan pusingan kedua jika tuntutan tak dilayan), round two kita akan turun ke Tambun… kita bagi 30 hari untuk dia (Anwar) react terhadap tuntutan dikemukakan selepas itu kita akan turun ke Tambun,” katanya. — The Merdeka Times
View this post on Instagram