Antarabangsa
Acara LGBT papar bahan seksual kepada kanak-kanak
Kumpulan Arlington Pride menganjurkan perayaan identiti seksual “mesra keluarga” menampilkan barangan bertemakan seks dan pondan berpakaian lucah dengan adanya kanak-kanak berjalan-jalan melihat barangan eksplisit itu pada Sabtu lalu.
- Kumpulan Arlington Pride menganjurkan perayaan identiti seksual “mesra keluarga” menampilkan barangan bertemakan seks dan pondan berpakaian lucah dengan adanya kanak-kanak berjalan-jalan melihat barangan eksplisit itu pada Sabtu lalu.
- Acara seksual eksplisit di Levitt Pavilion, Arlington, Texas, Amerika Syarikat (AS) itu ditaja beberapa organisasi seperti Frank Kent Cadillac of Arlington, AMM Political Strategies, Charles Schwab, Lockheed Martin dan Help Center for LGBT Health and Wellness.
- Acara itu mempamerkan alatan seksual, individu berjalan-jalan dengan peralatan perhambaan (bondage), wanita menunjukkan payudara dan barangan jualan tertulis perkataan “C**T”, antara bahan kandungan dewasa terdapat di situ.
- Ahli-ahli Sisters of Perpetual Indulgence DFW, kumpulan yang dikenali dengan penyamaran sebagai biarawati yang mengejek simbol dan tradisi Kristian turut hadir.
- Seorang penduduk Arlington, Kathi Arocha mempersoalkan mengapa kanak-kanak di bawah umur dibenarkan menjejakkan kaki di acara itu.
- “Mengapa ia okay untuk kanak-kanak, bayi kecil, ditempatkan dalam persekitaran untuk mendapatkan pengalaman barangan eksplisit seksual, kebogelan dan tarian erotik pada usia muda? Apa tujuannya?,” kata Arocha kepada The Dallas Express.
Kumpulan Arlington Pride menganjurkan perayaan identiti seksual “mesra keluarga” menampilkan barangan bertemakan seks dan pondan berpakaian lucah dengan adanya kanak-kanak berjalan-jalan melihat barangan eksplisit itu pada Sabtu lalu.
Acara seksual eksplisit di Levitt Pavilion, Arlington, Texas, Amerika Syarikat (AS) itu ditaja beberapa organisasi seperti Frank Kent Cadillac of Arlington, AMM Political Strategies, Charles Schwab, Lockheed Martin dan Help Center for LGBT Health and Wellness.
Acara itu mempamerkan alatan seksual, individu berjalan-jalan dengan peralatan perhambaan (bondage), wanita menunjukkan payudara dan barangan jualan tertulis perkataan “C**T”, antara bahan kandungan dewasa terdapat di situ.
Ahli-ahli Sisters of Perpetual Indulgence DFW, kumpulan yang dikenali dengan penyamaran sebagai biarawati yang mengejek simbol dan tradisi Kristian turut hadir.
Seorang penduduk Arlington, Kathi Arocha mempersoalkan mengapa kanak-kanak di bawah umur dibenarkan menjejakkan kaki di acara itu.
“Mengapa ia okay untuk kanak-kanak, bayi kecil, ditempatkan dalam persekitaran untuk mendapatkan pengalaman barangan eksplisit seksual, kebogelan dan tarian erotik pada usia muda? Apa tujuannya?,” kata Arocha kepada The Dallas Express.
Presiden Texas Family Project, Brady Gray memberitahu Texas Scorecard bahawa “bahasa lucah, bogel dan kemerosotan teruk (sentimen) paparan awam dengan sokongan cukai dolar warga tempatan satu perkara keji.
“Kota Arlington dan mereka yang menganjurkan, menyokong dan membenarkan acara ini harus malu. Orang Texas mesti menentang (perkara) ini,” kata Gray. – The Merdeka Times