Antarabangsa
Perang Gaza: Barclays tambah pelaburan perdagangan senjata Israel
Barclays meningkatkan pelaburannya dalam syarikat yang terlibat membekalkan senjata dan teknologi ketenteraan kepada Israel, menurut siasatan kumpulan aktivis.
- Barclays meningkatkan pelaburannya dalam syarikat yang terlibat membekalkan senjata dan teknologi ketenteraan kepada Israel, menurut siasatan kumpulan aktivis.
- Penemuan itu yang diterbitkan bersama Palestine Solidarity Campaign (PSC), Campaign Against Arms Trade (CAAT) dan War on Want, bank multinasional Britain itu meningkatkan pelaburannya meskipun ada tekanan untuk melepaskan pegangan dikaitkan dengan perdagangan senjata Israel.
- Jurukempen berkata Barclays mempunyai £2bilion (RM11.84 bilion) saham dalam syarikat yang menghasilkan senjata dan teknologi ketenteraan digunakan tentera Israel dalam serangannya ke atas rakyat Palestin, lapor Middle East Eye pada Selasa.
- Senarai firma di mana Barclays dilaporkan mempunyai kepentingan kewangan, termasuk pengeluar dron Israel Elbit Systems dan General Dynamics, firma senjata Amerika Syarikat (AS) yang mengeluarkan komponen untuk pesawat perang termasuk BAE Systems dan Raytheon.
- Barclays salah satu bank terbesar di United Kingdom (UK), dengan keberadaan di seluruh dunia, berdepan gesaan boikot ekoran hubungannya dengan perdagangan senjata bersama Israel.
Barclays meningkatkan pelaburannya dalam syarikat yang terlibat membekalkan senjata dan teknologi ketenteraan kepada Israel, menurut siasatan kumpulan aktivis.
Penemuan itu yang diterbitkan bersama Palestine Solidarity Campaign (PSC), Campaign Against Arms Trade (CAAT) dan War on Want, bank multinasional Britain itu meningkatkan pelaburannya meskipun ada tekanan untuk melepaskan pegangan dikaitkan dengan perdagangan senjata Israel.
Jurukempen berkata Barclays mempunyai £2bilion (RM11.84 bilion) saham dalam syarikat yang menghasilkan senjata dan teknologi ketenteraan digunakan tentera Israel dalam serangannya ke atas rakyat Palestin, lapor Middle East Eye pada Selasa.
Sebanyak £6.1bn (RM36.13 bilion) pula disediakan kepada syarikat yang terlibat dalam perdagangan senjata kepada Israel dalam bentuk pinjaman dan pengunderaitan (underwritings), demikian menurut laporan itu.
Penyelidik berkata angka itu mencecah 55 peratus peningkatan dalam pegangan saham sejak 2022 dan peningkatan 54.5 peratus dalam pinjaman dan pengunderaitan sejak tahun sama.
Senarai firma di mana Barclays dilaporkan mempunyai kepentingan kewangan, termasuk pengeluar dron Israel Elbit Systems dan General Dynamics, firma senjata Amerika Syarikat (AS) yang mengeluarkan komponen untuk pesawat perang, termasuk BAE Systems dan Raytheon.
Laporan itu dibuat sebelum mesyuarat agung tahunan bank terbabit pada 9 Mei di Glasgow.
Barclays salah satu bank terbesar di United Kingdom (UK), dengan keberadaan di seluruh dunia, berdepan gesaan boikot ekoran hubungannya dengan perdagangan senjata bersama Israel.
Seruan boikot semakin meningkat apabila perang Israel ke atas Gaza, yang setakat ini membunuh sekurang-kurangnya 34,500 rakyat Palestin, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak. – The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/