Antarabangsa
Murid 11 tahun diarah baca buku transgender kepada pelajar tadika
Seorang bapa di California mengecam pihak sekolah yang memberi anaknya buku mengenai kanak-kanak transgender dan mendakwa anaknya dipaksa menerangkannya kepada pelajar tadika.
- Seorang bapa di California mengecam pihak sekolah yang memberi anaknya buku mengenai kanak-kanak transgender dan mendakwa anaknya dipaksa menerangkannya kepada pelajar tadika.
- Anak lelaki Carlos Encinas, 11, ditugaskan untuk membaca buku berjudul “My Shadow is Pink” dalam kelas gred limanya pada 1 Mei lalu di Sekolah Rendah La Costa Heights di Carlsbad di utara San Diego, lapor Daily Mail.
- Buku itu mengisahkan kanak-kanak lelaki yang menggambarkan bayang bapanya sebagai ‘besar’ dan ‘biru’ dengan dilema terhadap bayangnya sendiri yang berwarna merah jambu.
- “Bayang saya menyukai kuda dan buku dan permainan berwarna merah jambu. Puteri dan pari-pari dan barangan bukan untuk lelaki,” kata watak utama buku itu sambil memakai gaun dengan bayang berwarna feminin dipetik Daily Mail.
- Encinas dan isterinya menghubungi pihak sekolah untuk bertanya mengapa ibu bapa tidak dimaklumkan anak-anak mereka akan membaca dan berkongsi kandungan buku itu kepada kanak-kanak yang lebih muda.
- Pasangan itu memutuskan untuk berkongsi pengalaman anak mereka di media sosial mereka sendiri untuk memaklumkan ibu bapa apa yang sedang berlaku.
Seorang bapa di California mengecam pihak sekolah yang memberi anaknya buku mengenai kanak-kanak transgender dan mendakwa anaknya dipaksa menerangkannya kepada pelajar tadika.
Anak lelaki Carlos Encinas, 11, ditugaskan untuk membaca buku berjudul “My Shadow is Pink” dalam kelas gred limanya pada 1 Mei lalu di Sekolah Rendah La Costa Heights di Carlsbad di utara San Diego, lapor Daily Mail.
Buku itu mengisahkan kanak-kanak lelaki yang menggambarkan bayang bapanya sebagai ‘besar’ dan ‘biru’ dengan dilema terhadap bayangnya sendiri yang berwarna merah jambu.
“Jantung saya berdegup kencang semasa saya memakai gaun.
“Bayang saya menyukai kuda dan buku dan permainan berwarna merah jambu. Puteri dan pari-pari dan barangan bukan untuk lelaki,” kata watak utama buku itu sambil memakai gaun dengan bayang berwarna feminin dipetik Daily Mail.
Buku itu turut menjelaskan mengenai bayang-bayang orang lain.
“Bayangnya (milik seorang perempuan lain), dia menyembunyikannya. Bayangnya (milik seorang perempuan) menyukai perempuan,” tulis buku itu.
Selepas anak Encinas membaca buku itu di kelasnya sendiri, pelajar gred lima diberitahu bahawa mereka akan berkongsi cerita itu kepada kelas “buddy” mereka iaitu kelas tadika yang mendengar bacaan dan bimbingan kelas gred lima.
“Di situlah sebenarnya bila dia (anak Encinas) berasa paling tidak selesa.
“Anak-anak kecil ini pandang tinggi kepada mereka. Mereka bersama mereka (anak-anak tadika) dua kali sebulan,” kata Encinas.
Encinas dan isterinya menghubungi pihak sekolah untuk bertanya mengapa ibu bapa tidak dimaklumkan anak-anak mereka akan membaca dan berkongsikan kandungan buku itu kepada kanak-kanak yang lebih muda.
Pasangan itu memutuskan untuk berkongsi pengalaman anak mereka di media sosial mereka sendiri untuk memaklumkan ibu bapa apa yang sedang berlaku. – The Merdeka Times