Antarabangsa
Mesir kerah konvoi kenderaan berperisai, tentera tambahan ke sempadan Gaza
Mesir mengerahkan kenderaan pengangkut anggota berperisai (APC) dan tentera tambahan ke sempadannya dengan Gaza di timur laut Sinai minggu ini, menandakan situasi semakin meruncing di wilayah konflik itu.

- Mesir mengerahkan kenderaan pengangkut anggota berperisai (APC) dan tentera tambahan ke sempadannya dengan Gaza di timur laut Sinai minggu ini, menandakan situasi semakin meruncing di wilayah konflik itu.
- Lima belas APC dipasang peralatan tempur dikesan penduduk Sinai di bandar Sheikh Zuweid dalam perjalanan menuju sempadan Mesir dengan Gaza pada petang Rabu, kata Yayasan Hak Asasi Manusia Sinai dipetik MEE.
- Dalam insiden berasingan, sebuah lagi konvoi kenderaan berperisai tiba di kampung Al-Joura, selatan Sheikh Zuweid, kata yayasan itu.
- Minggu lalu, Israel merampas sempadan Rafah dan melancarkan operasi ketenteraan di bandar itu di mana kira-kira 1.5 juta penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal berlindung.
- Serangan itu menimbulkan kemarahan Mesir yang mempunyai perjanjian damai selama 45 tahun dengan Israel dan bekerjasama rapat dalam hal keselamatan.
Mesir mengerahkan kenderaan pengangkut anggota berperisai (APC) dan tentera tambahan ke sempadannya dengan Gaza di timur laut Sinai minggu ini, menandakan situasi semakin meruncing di wilayah konflik itu.
Lima belas APC dipasang peralatan tempur dikesan penduduk Sinai di bandar Sheikh Zuweid dalam perjalanan menuju sempadan Mesir dengan Gaza pada petang Rabu, kata Yayasan Hak Asasi Manusia Sinai dipetik MEE.
Dalam insiden berasingan, sebuah lagi konvoi kenderaan berperisai tiba di kampung Al-Joura, selatan Sheikh Zuweid, kata yayasan itu.
Penempatan kenderaan tentera itu dilakukan di tengah-tengah ketegangan antara Mesir dan Israel berhubung serangan rejim Israel ke atas Rafah, bandar sempadan selatan Gaza.
Minggu lalu, Israel merampas sempadan Rafah dan melancarkan operasi ketenteraan di bandar itu di mana kira-kira 1.5 juta penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal berlindung.
Serangan itu menimbulkan kemarahan Mesir yang mempunyai perjanjian damai selama 45 tahun dengan Israel dan bekerjasama rapat dalam hal keselamatan.
Sumber tentera Mesir memberitahu MEE minggu lalu bahawa “tiada penyelarasan operasi” antara Mesir dan Israel berlaku sebelum sempadan Rafah diserang.
Penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza telah terhenti akibat rampasan rejim Israel ke atas sempadan Rafah dan Mesir menolak permintaan Israel untuk membuka semula lintasan itu dengan Presiden Mesir Abdel Fattah el-Sisi berkata Israel mahu menggunakan kawalan Rafah “untuk mengetatkan kepungan di wilayah itu”.
Perbalahan diplomatik antara Mesir dan Israel semakin meruncing selama beberapa hari.
The Wall Street Journal pada Selasa memetik pegawai Mesir sebagai berkata Kaherah sedang mempertimbangkan untuk menurunkan taraf hubungan dua hala dengan Israel, termasuk menarik balik duta mereka.
Terdahulu, Mesir mengumumkan akan menyertai Afrika Selatan dalam kesnya terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menuduh Israel melakukan genosid. – The Merdeka Times
