Connect with us

Terkini

Malaysia tidak sokong kegiatan, pembiayaan kumpulan pengganas

Malaysia berpendirian teguh tidak menyokong kegiatan kumpulan pengganas dan terus komited untuk membanteras pembiayaan aktiviti keganasan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) dan Setiausaha Rendah Perbendaharaan AS bagi Keganasan dan Risikan Kewangan, Brian Nelson (kanan).
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kementeriannya memahami kebimbangan Amerika Syarikat (AS) berhubung dakwaan wujudnya aktiviti penyaluran dana kepada kumpulan pengganas di negara ini.
  • “Mereka bertanyakan tentang komitmen kita terhadap usaha membanteras pembiayaan keganasan. Kita sebut dari sudut komitmen serantau di peringkat ASEAN ataupun di peringkat global atau di polisi di peringkat KDN sekalipun (tidak menyokong kegiatan kumpulan pengganas),” katanya.
  • Saifuddin berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Sambutan Aidilfitri Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Kajang, pada Khamis.
  • Saifuddin berkata pada pertemuan itu Nelson turut menyuarakan berkenaan dakwaan pembabitan pertubuhan, individu dan syarikat di negara ini dalam aktiviti pembiayaan keganasan.
  • “Kita tegaskan polisi Malaysia hanya mengiktiraf sekatan dikemukakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan bukan sekatan oleh satu-satu negara dan delegasi AS menghormati pendirian kita,” katanya.

KUALA LUMPUR — Malaysia berpendirian teguh tidak menyokong kegiatan kumpulan pengganas dan terus komited untuk membanteras pembiayaan aktiviti keganasan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) memahami kebimbangan disuarakan Amerika Syarikat (AS) berhubung dakwaan wujudnya aktiviti penyaluran dana kepada kumpulan pengganas di negara ini.

“Pagi tadi (semalam), Brian Nelson (Setiausaha Rendah Perbendaharaan AS bagi Keganasan dan Risikan Kewangan) dan delegasinya menemui saya dan juga pasukan KDN. Perkara itu (pembiayaan keganasan) dibentangkan.

“Mereka bertanyakan tentang komitmen kita terhadap usaha membanteras pembiayaan keganasan. Kita sebut dari sudut komitmen serantau di peringkat ASEAN ataupun di peringkat global atau di polisi di peringkat KDN sekalipun (tidak menyokong kegiatan kumpulan pengganas),” katanya.

Saifuddin Nasution berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Sambutan Aidilfitri Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Kajang, pada Khamis.

Beliau berkata wakil AS itu juga dimaklumkan bahawa Malaysia mempunyai pelan strategik yang sangat jelas dalam menangani kegiatan pembiayaan dan penggubahan wang haram.

“Dasar dan strategi yang digariskan kita (KDN) selaras dengan ketetapan global baik di peringkat Basel Il atau Basel III (Perangkaan bebas indeks risiko pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganas). Mereka (AS) jelas tentang perkara itu dan mereka menghargai usaha yang kita buat,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata pada pertemuan itu Nelson turut menyuarakan berkenaan dakwaan pembabitan pertubuhan, individu dan syarikat di negara ini dalam aktiviti pembiayaan keganasan.

“Apa yang mereka bentangkan kepada kita berdasarkan kepada maklumat sepihak yang mereka ada, yang memerlukan beberapa proses verifikasi di peringkat kita.

“Kita tegaskan bahawa polisi Malaysia hanya mengiktiraf sekatan yang dikemukakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan bukan sekatan oleh satu-satu negara dan delegasi AS menghormati pendirian kita,” katanya.

Beliau berkata Malaysia sentiasa bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan AS bagi membanteras isu pembiayaan keganasan dan perkara tersebut harus bersifat menyeluruh serta tidak boleh menjadi usaha sepihak sahaja. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

Wartawan TMT

Published

on

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel
Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.
  • “Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.
  • Awal hari ini, Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

“Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.

Roya News melaporkan Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

“Seorang komander Hizbullah yang bertanggungjawab terhadap salah satu daripada tiga sektor di selatan Lubnan terbunuh” dalam “serangan Israel ke atas sebuah kereta di Tyre”, kata sumber kepada Agence France-Presse (AFP).

Komander terbunuh ialah Mohamed Naim Nasser, 59 tahun, ketua unit Aziz Hizbullah yang mengawal salah satu daripada tiga bahagian wilayah selatan Lubnan.

Unit itu bertanggungjawab terhadap daerah timur di sempadan Lubnan dan Israel. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending