Connect with us

Terkini

Isu UiTM: Kenyataan Lawyers for Liberty berhubung Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan tidak benar, mengelirukan

Concerned Lawyers for Justice (CLJ) bimbang dengan kenyataan mengelirukan Lawyers for Liberty (LFL) berhubung Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh kedudukan istimewa orang Melayu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Concerned Lawyers for Justice (CLJ) bimbang dengan kenyataan mengelirukan Lawyers for Liberty (LFL) berhubung Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh kedudukan istimewa orang Melayu.
  • Setiausahanya, Faidhur Rahman Abdul Hadi menegaskan adalah tidak wajar untuk LFL mengecam kenyataan Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam (JKNCR UA) mengenai status UiTM sebagai institusi yang terhad kepada orang Melayu dan Bumiputera.
  • “Kenyataan LFL bahawa “tidak ada apa-apa dalam Perkara 153 Perlembagaan yang menghalang atau melarang kemasukan bukan Bumiputera ke UiTM” adalah sama sekali tidak benar selain mengelirukan.
  • “Sedangkan, Perkara 153(8A) secara jelas menyediakan peruntukan untuk kuota dalam perkhidmatan, permit, biasiswa dan keistimewaan pendidikan bagi Bumiputera.
  • “Ini secara jelas merangkumi penubuhan institusi pendidikan untuk orang Melayu dan Bumiputera lain yang ketinggalan dari segi ekonomi dan sosial,” katanya dipetik NasionalDaily di sini, semalam.
  • Beliau mengulas kenyataan Pengarah LFL, Zaid Malek pada Sabtu yang menyifatkan pendirian JKNCR UA sebagai “membimbangkan” apabila mengeluarkan kenyataan awam untuk mengekalkan naratif regresif dan palsu dengan tidak mengetahui perlembagaan dan keperluan amat diperlukan sistem penjagaan kesihatan negara.

KUALA LUMPUR – Concerned Lawyers for Justice (CLJ) bimbang dengan kenyataan mengelirukan Lawyers for Liberty (LFL) berhubung Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh kedudukan istimewa orang Melayu.

Setiausahanya, Faidhur Rahman Abdul Hadi menegaskan adalah tidak wajar untuk LFL mengecam kenyataan Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam (JKNCR UA) mengenai status Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai institusi yang terhad kepada orang Melayu dan Bumiputera.

“Kenyataan LFL bahawa “tidak ada apa-apa dalam Perkara 153 Perlembagaan yang menghalang atau melarang kemasukan bukan Bumiputera ke UiTM” adalah sama sekali tidak benar, selain mengelirukan.

“Sedangkan, Perkara 153(8A) secara jelas menyediakan peruntukan untuk kuota dalam perkhidmatan, permit, biasiswa dan keistimewaan pendidikan bagi Bumiputera.

“Ini secara jelas merangkumi penubuhan institusi pendidikan untuk orang Melayu dan Bumiputera lain yang ketinggalan dari segi ekonomi dan sosial,” katanya dipetik NasionalDaily di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah LFL, Zaid Malek pada Sabtu yang menyifatkan pendirian JKNCR UA sebagai “membimbangkan” apabila mengeluarkan kenyataan awam untuk mengekalkan naratif regresif dan palsu dengan tidak mengetahui perlembagaan dan keperluan amat diperlukan sistem penjagaan kesihatan negara.

Zaid Malek berkata adalah amat mengecewakan untuk melihat ahli akademik kanan secara terbuka menyokong penerusan dasar satu kaum sahaja di universiti dan kolej di Malaysia yang moden ini.

Beliau berkata sejak dari awal sebarang hujah menyatakan kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke UiTM bercanggah perlembagaan adalah palsu, berikutan tiada langsung dalam Perkara 153 Perlembagaan yang menghalang atau melarang kemasukan bukan Bumiputera ke mana-mana institusi awam, termasuk UiTM.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan, JKNCR UA, yang terdiri daripada 20 Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam Malaysia, dilaporkan menyokong pendirian UiTM untuk kekal berpegang kepada Akta UiTM 1976 (Akta 173) dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

JKNCR UA turut menyelar tindakan pihak yang sengaja membangkitkan isu kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke UiTM dengan melabel institusi pengajian tinggi itu sebagai ‘akademi aparteid’.

Mengulas lanjut, Faidhur Rahman berkata Perkara 153 digubal untuk memastikan perlindungan hak dan kedudukan istimewa orang Melayu serta peribumi Sabah dan Sarawak sambil menjaga secara serentak kepentingan sah kaum lain.

Beliau berkata kenyataan LFL berkenaan membawa kepada salah tafsir semangat dan intipati Perkara 153 Perlembagaan dengan mengatakan tiada asas perlembagaan untuk polisi kemasukan khusus Bumiputera UiTM.

Katanya, LFL secara tidak langsung telah mengabaikan konteks sejarah dan duluan undang-undang yang menyokong penyediaan hak-hak dan keistimewaan khas kepada Bumiputera sebagai cara memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi dan pendidikan.

“Tambahan lagi, tafsiran diberikan LFL terhadap Perkara 12 mengenai larangan diskriminasi dalam pendidikan untuk membenarkan pendirian mereka adalah tidak tepat sama sekali.

“Perkara 12(1) adalah tertakluk kepada Perkara 8(2) Perlembagaan mengenai larangan diskriminasi umum, yang membenarkan diskriminasi atas dasar yang dibenarkan oleh Perlembagaan, termasuk dinyatakan dalam Perkara 153.

“Adalah mengecewakan sebuah NGO terkemuka seperti LFL menjadi antara pendukung utama menentang pelanggaran hak asasi manusia, mengambil pendirian salah dalam tafsiran Perlembagaan dan mengabaikan realiti sosio-ekonomi serta faktor sejarah yang memerlukan dasar tindakan afirmatif bagi menolong penduduk Bumiputera Malaysia secara amnya,” kata Faidhur Rahman.

Beliau juga mengesahkan sokongan pihaknya terhadap pendirian JKNCR UA mengenai UiTM dan menyeru perbincangan lebih menyeluruh dan seimbang mengenai isu itu.

Katanya, penting mengakui peruntukan di bawah Perkara 153 bukan mengenai peruntukan pengecualian semata-mata, tetapi juga menyediakan sokongan diperlukan bagi memastikan peluang saksama untuk semua rakyat Malaysia dalam jangka masa panjang.

“Kami menggesa LFL untuk mempertimbangkan semula pendirian mereka dan melibatkan diri dalam dialog konstruktif demi menghormati rangka kerja perlembagaan dan objektif sosio-ekonomi yang ingin dicapai.

“CLJ percaya, hanya melalui pemahaman dan kerjasama sedemikian, semua pihak boleh terus bekerja ke arah Malaysia yang lebih adil dan saksama,” katanya.

Difahamkan, isu kemasukan UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera menjadi perbincangan susulan Anggota Lembaga Program Pascasiswazah Pembedahan Kardiotoraks UiTM-IJN, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan UiTM bersedia membuka program berkenaan secara sementara kepada pelatih dan graduan Parallel Pathway bukan Bumiputera sehingga program sama dibuka di Universiti Malaya (UM).

Perkara itu menimbulkan pertikaian beberapa pihak yang mendakwanya sebagai mengganggu-gugat hak orang Melayu dan bumiputera susulan Fasal 1A Akta UiTM 1976 (Akta 173) memperuntukkan dengan jelas penubuhan UiTM adalah selaras Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. 

Terkini, media melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu mengenai program pascasiswazah pembedahan kardiotoraks di UiTM akan dibincangkan di mesyuarat Kabinet pada Rabu. — The Merdeka Times

Author

Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending