Terkini
Cadangan hukum sebat di khalayak, Menteri digesa tolak polemik politik – PPMM
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said digesa bersikap terbuka dan menolak polemik politik dalam perbincangan dengan Kerajaan Negeri Terengganu berhubung cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said digesa bersikap terbuka dan menolak polemik politik dalam perbincangan dengan Kerajaan Negeri Terengganu berhubung cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.
- Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhamad Hisham Marzuki berkata cadangan itu menunjukkan masih banyak ruang untuk diperbaiki Mahkamah Syariah negeri dalam memastikan undang-undang jenayah syariah terus diamalkan mengikut kerangka Perlembagaan Persekutuan.
- “Merujuk kenyataan dibuat oleh Exco Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu berkenaan kerajaan negeri sedang mempertimbangkan cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak dan ia sebagai usaha memperkasa pelaksanaan undang-undang syariah Islam di negeri itu, PPMM menyambut baik segala usaha dan kaedah untuk memperkasa undang-undang syariah.
- “PPMM menggesa cadangan itu dapat diperhalusi oleh semua pihak termasuk di peringkat negeri dan Persekutuan bagi suatu usaha yang dapat diambil pihak kerajaan terutama pasca keputusan kes Nik Elin yang telah diputuskan Mahkamah Persekutuan,” katanya dalam kenyataan media kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
- Media sebelum ini melaporkan Kerajaan Negeri Terengganu sedang mempertimbang pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah syariah di khalayak ramai atau tempat awam seperti kawasan masjid atau sebagainya.
KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said digesa bersikap terbuka dan menolak polemik politik dalam perbincangan dengan Kerajaan Negeri Terengganu berhubung cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhamad Hisham Marzuki berkata cadangan itu menunjukkan masih banyak ruang untuk diperbaiki Mahkamah Syariah negeri dalam memastikan undang-undang jenayah syariah terus diamalkan mengikut kerangka Perlembagaan Persekutuan.
“Merujuk kenyataan dibuat oleh Exco Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu berkenaan kerajaan negeri sedang mempertimbangkan cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak dan ia sebagai usaha memperkasa pelaksanaan undang-undang syariah Islam di negeri itu, PPMM menyambut baik segala usaha dan kaedah untuk memperkasa undang-undang syariah.
“PPMM menggesa cadangan itu dapat diperhalusi oleh semua pihak termasuk di peringkat negeri dan Persekutuan bagi suatu usaha yang dapat diambil pihak kerajaan terutama pasca keputusan kes Nik Elin yang telah diputuskan Mahkamah Persekutuan,” katanya dalam kenyataan media kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
Dalam perkembangan sama, PPMM turut menggesa pelaksanaan undang-undang jenayah syariah itu dapat meningkatkan kesedaran kepada masyarakat berkenaan jenayah syariah selain umat Islam dapat mengamalkannya.
“Justeru, usaha ini wajar disegerakan dan diambil perhatian khusus oleh pihak Kerajaan Negeri dan Persekutuan,” kata Hisham.
Media sebelum ini melaporkan Kerajaan Negeri Terengganu sedang mempertimbang pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah syariah di khalayak ramai atau tempat awam seperti kawasan masjid atau sebagainya.
Bagaimanapun, Azalina Othman dilaporkan berkata tiada sebarang perbincangan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan berhubung cadangan berkenaan
Katanya, cadangan itu tidak mudah untuk dilaksanakan kerana pengurusan kes jenayah syariah turut melibatkan bantuan daripada agensi pusat, antaranya polis, bagi tujuan penahanan dan Jabatan Penjara untuk pemenjaraan. – The Merdeka Times