Connect with us

Terkini

Polemik perkauman dan agama, JK HARMONI adakan mesyuarat tergempar

Semua individu diberi amaran tegas supaya tidak mencetuskan polemik perkauman hingga mewujudkan ketegangan sosial dalam kalangan rakyat berbilang bangsa, agama dan budaya di Malaysia.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar (kiri) & Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang (kanan).
  • Semua individu diberi amaran tegas supaya tidak mencetuskan polemik perkauman hingga mewujudkan ketegangan sosial dalam kalangan rakyat berbilang bangsa, agama dan budaya di Malaysia. 
  • Dalam kenyataan bersama antara Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (JK HARMONI) yang diurus setia Kementerian Perpaduan Negara dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan mengadakan mesyuarat tergempar berhubung polemik perkauman dan agama ketika ini.
  • Kedua-dua menteri itu berkata mesyuarat tergempar itu bagi membincangkan situasi berkenaan dan mengambil langkah-langkah segera dalam menjamin keharmonian rakyat dan negara.
  • “Sejak beberapa minggu ini, negara terus menerus dilanda dengan pelbagai insiden berhubung sensitiviti agama dan perkauman termasuk baru-baru ini di KK Mart, Kuching yang disebabkan oleh individu-individu tidak bertanggungjawab,”katanya di sini pada Selasa.

KUALA LUMPUR — Semua individu diberi amaran tegas supaya tidak mencetuskan polemik perkauman hingga mewujudkan ketegangan sosial dalam kalangan rakyat berbilang bangsa, agama dan budaya di Malaysia. 

Dalam kenyataan bersama antara Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (JK HARMONI) yang diurus setia Kementerian Perpaduan Negara dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan mengadakan mesyuarat tergempar berhubung polemik perkauman dan agama ketika ini.

Kedua-dua menteri itu berkata mesyuarat tergempar itu bagi membincangkan situasi berkenaan dan mengambil langkah-langkah segera dalam menjamin keharmonian rakyat dan negara.

“Sejak beberapa minggu ini, negara terus menerus dilanda dengan pelbagai insiden berhubung sensitiviti agama dan perkauman termasuk baru-baru ini di KK Mart, Kuching yang disebabkan oleh individu-individu tidak bertanggungjawab. 

“Pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang melanggar undang-undang untuk di bawa ke muka pengadilan. 

“Pihak terlibat perlu dihukum dengan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada semua pihak,” katanya di sini pada Selasa.

Kedua-dua Menteri itu juga mengulangi pendirian menggesa supaya tiada pihak yang mencetuskan perkara menyentuh sensitiviti agama dan mematuhi Perlembagaan Persekutuan. 

Mereka mengingatkan masyarakat supaya sentiasa memupuk dan mengamalkan nilai-nilai hidup yang menjadi tanggungjawab setiap rakyat bagi melindungi dan mempertahankan kestabilan serta keselamatan negara daripada ancaman perbalahan, provokasi dan permusuhan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kerajaan kaji pindaan Akta 792 untuk hadapi cabaran baharu

Kerajaan sedang membuat kajian bagi meminda Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792) tahun depan, dengan mengambil kira cabaran yang muncul dalam teknologi hari ini, termasuk dalam aspek berkaitan penggunaan Kecerdasan Buatan (AI).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan sedang buat kajian meminda Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792) tahun depan, dengan mengambil kira cabaran muncul dalam teknologi hari ini, termasuk aspek penggunaan Kecerdasan Buatan (AI).
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ini kerana ketika ini ada pihak menggunakan teknologi Al bagi tujuan jenayah, contohnya pengantunan kanak-kanak, yang mewujudkan cabaran kepada undang-undang sedia ada.
  • “Saya tidak nafikan bahawa apa kita lakukan pada 2017 lepas mungkin tidak mengambil kira cabaran berkaitan penggunaan Al… sekarang ini jika saya bercakap dengan PDRM (Polis Diraja Malaysia) atau MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia), salah satu cabaran besar adalah apabila ada pihak menjual visual kanak-kanak di ‘dark web’ dan sekarang tidak perlu lagi, mereka boleh terus ke laman web biasa, terus ke dalam talian.
  • “Apabila bercakap mengenai antun (grooming) membabitkan Al, satu lagi cabaran adalah mengenai bayaran, mereka bayar guna bitcoin dan matawang kripto, kita tidak boleh kesan siapa buat pembayaran untuk kegiatan ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan program International Symposium on Empowerment of Children’s Commission: Strengthening Rights and Safeguarding Future, di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) di sini.

KUALA LUMPUR — Kerajaan sedang membuat kajian bagi meminda Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792) tahun depan, dengan mengambil kira cabaran yang muncul dalam teknologi hari ini, termasuk dalam aspek berkaitan penggunaan Kecerdasan Buatan (AI).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ini kerana ketika ini ada pihak yang menggunakan teknologi Al bagi tujuan jenayah, contohnya pengantunan kanak-kanak, yang mewujudkan cabaran kepada undang-undang sedia ada.

“Saya tidak nafikan bahawa apa kita lakukan pada 2017 lepas mungkin tidak mengambil kira cabaran berkaitan penggunaan Al… sekarang ini jika saya bercakap dengan PDRM (Polis Diraja Malaysia) atau MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia), salah satu cabaran besar adalah apabila ada pihak menjual visual kanak-kanak di ‘dark web’ dan sekarang tidak perlu lagi, mereka boleh terus ke laman web biasa, terus ke dalam talian.

“Apabila bercakap mengenai antun (grooming) membabitkan Al, satu lagi cabaran adalah mengenai bayaran, mereka bayar menggunakan bitcoin dan matawang kripto, kita tidak boleh kesan siapa yang buat pembayaran untuk kegiatan ini.

“… jadi kita perlu faham segalanya mengenai perkembangan teknologi ini dan tampil undang-undang yang boleh meliputi cabaran-cabaran yang muncul,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan program International Symposium on Empowerment of Children’s Commission: Strengthening Rights and Safeguarding Future, di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) di sini.

Azalina berkata simposium hari ini bertujuan membuat perbandingan dan belajar dari negara lain mengenai peranan yang dimainkan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC) di negara masing-masing.

“Saya tekankan OCC tak akan bersifat konfrontasi, kita lebih kepada menilai isu undang-undang dalam negara kita dan peranan yang kita nak belajar dari negara lain. Simposium ini adalah langkah pertama untuk kita dengar dan lihat cara mereka (negara lain) dan belajar cara mereka, kelebihan dan kekurangan,” katanya.

Sementara itu, Azalina berkata kerajaan juga mengkaji keperluan untuk mewujudkan OCC di peringkat negeri bagi memastikan pemantauan yang lebih menyeluruh.

“Sebab isu kanak-kanak ini tak boleh di pusat sahaja, pemantauan juga perlu di peringkat negeri. Bagaimanapun, kita nak gerak tidak secara agresif tetapi secara perlahan,” katanya. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending