Antarabangsa
Muslim AS tolak jemputan Rumah Putih, jamuan berbuka dibatalkan
Rumah Putih membatalkan jamuan berbuka puasa Ramadan selepas beberapa warga Amerika Muslim menolak jemputan itu.
- Rumah Putih membatalkan jamuan berbuka puasa Ramadan selepas beberapa warga Amerika Muslim menolak jemputan itu.
- Tindakan tersebut sebagai protes terhadap sokongan Presiden Joe Biden berkenaan perang Israel ke atas Gaza, demikian menurut dua orang yang mengetahui perkara itu.
- Sumber bercakap dengan Al Jazeera dengan syarat namanya tidak disiarkan berkata pembatalan majlis pada Selasa berlaku selepas ahli komuniti Muslim memberi amaran kepada pihak kepimpinan supaya tidak menghadiri jamuan Rumah Putih.
Rumah Putih membatalkan jamuan berbuka puasa Ramadan selepas beberapa warga Amerika Muslim menolak jemputan itu.
Tindakan tersebut sebagai protes terhadap sokongan Presiden Joe Biden berkenaan perang Israel ke atas Gaza, demikian menurut dua orang yang mengetahui perkara itu.
Sumber bercakap dengan Al Jazeera dengan syarat namanya tidak disiarkan berkata pembatalan majlis pada Selasa berlaku selepas ahli komuniti Muslim memberi amaran kepada pihak kepimpinan supaya tidak menghadiri jamuan Rumah Putih.
Acara itu dibatalkan kerana ramai orang memilih untuk tidak hadir, termasuk jemputan yang pada mulanya bersetuju untuk hadir, kata Timbalan Pengarah Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR), Edward Ahmed Mitchell.
“Awal-awal lagi masyarakat Muslim Amerika berkata bahawa ia sesuatu yang tidak dapat diterima iaitu tindakan makan bersama (break bread) Rumah Putih yang juga membenarkan kerajaan Israel untuk membiar kelaparan dan penyembelihan penduduk Palestin di Gaza,” kata Edward kepada Al Jazeera. – The Merdeka Times