Connect with us

Terkini

Kenyataan berunsur fitnah, MCMC buat laporan polis terhadap Murray Hunter

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuat laporan polis terhadap penulis blog, Murray Hunter yang mendakwa MCMC dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai institusi berlandaskan politik dalam pentadbiran kerajaan sekarang.

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Penulis Blog, Murray Hunter.
  • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuat laporan polis terhadap penulis blog, Murray Hunter yang mendakwa MCMC dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai institusi berlandaskan politik dalam pentadbiran kerajaan sekarang.
  • MCMC berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya tohmahan penulis blog berkenaan yang disifatkan sebagai tidak berasas.
  • “Sebagai sebuah badan berkanun, MCMC melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya berpandukan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.
  • “Selain itu, MCMC juga berlandaskan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) dan semua undang-undang subsidiari yang terkandung di dalamnya,” kata MCMC dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
  • Murray sebelum ini mendakwa PDRM menjadi sebuah institusi yang dipolitikkan sepenuhnya di bawah kerajaan sekarang. 
  • Beliau turut mendakwa MCMC bertindak jauh melebihi kuasa berkanunnya demi kepentingan diri.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuat laporan polis terhadap penulis blog, Murray Hunter yang mendakwa MCMC dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai institusi berlandaskan politik dalam pentadbiran kerajaan sekarang.

MCMC berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya tohmahan penulis blog berkenaan yang disifatkan sebagai tidak berasas.

“Sebagai sebuah badan berkanun, MCMC melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya berpandukan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

“Selain itu, MCMC juga berlandaskan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) dan semua undang-undang subsidiari yang terkandung di dalamnya,” kata MCMC dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

MCMC berkata segala tindakan penguatkuasaan diambil pihaknya mengikut proses dan prosedur ditetapkan yang termaktub dalam bidang kuasanya sebagai pengawal selia industri komunikasi dan multimedia negara.

Sehubungan itu, MCMC berkata penulisan Murray Hunter dilihat berunsur fitnah apabila beliau secara terbuka menuduh MCMC bertindak melangkaui bidang kuasanya untuk kepentingan diri.

“Beliau turut melemparkan tohmahan bahawa MCMC dan PDRM bertindak menakut-nakutkan masyarakat.

“Penyebaran kandungan tidak benar termasuk dengan niat mengganggu pihak lain adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 AKM 1998.

“Selain itu, tindakan memuat naik kandungan memfitnah dan menghina MCMC juga adalah satu kesalahan,” kata MCMC.

MCMC berkata sekiranya Murray Hunter mempunyai sebarang aduan terhadap MCMC, beliau perlu tampil untuk membuat aduan melalui saluran rasmi.

“MCMC sudah membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya ke atas Murray Hunter dan lain-lain pihak berkaitan,” katanya.

Murray sebelum ini mendakwa PDRM menjadi sebuah institusi yang dipolitikkan sepenuhnya di bawah kerajaan sekarang. 

Penulis blog itu mendakwa kakitangan dan sumber terhad digunakan oleh kepentingan politik dan korporat untuk memadamkan perbezaan pendapat politik dan menutup rasuah korporat.

Beliau turut mendakwa MCMC bertindak jauh melebihi kuasa berkanunnya demi kepentingan diri.

Dakwaan itu dibuat beliau dalam blognya ketika mengulas mengenai penahanan dan pertuduhan dihadapi Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *