Connect with us

Antarabangsa

Iran ancam serang balas terhadap rejim Israel

Israel kekal dalam keadaan berjaga-jaga terhadap jangkaan pembalasan Iran ekoran serangannya yang mengorbankan beberapa komander di Kedutaan Iran di Damsyik.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Israel kekal dalam keadaan berjaga-jaga terhadap jangkaan pembalasan Iran ekoran serangannya yang mengorbankan beberapa komander di Kedutaan Iran di Damsyik.
  • Israel bersedia “sebarang senario yang mungkin berkembang berhubung Iran,” kata kenyataan Menteri Pertahanan, Yoav Gallant selepas beliau mengadakan “penilaian situasi operasi” dengan pegawai kanan tentera pada Ahad, lapor The National.
  • Israel menghentikan semua cuti bagi unit tempur dan merangka pasukan simpanan untuk meningkatkan pertahanan udaranya minggu lalu selepas Tehran bertekad membalas serangan pada 1 April lalu.
  • Insiden serangan 1 April mengorbankan beberapa jeneral Iran, termasuk Komander Pasukan Quds Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Mohammad Reza Zahedi di Lubnan dan Syria.
  • Israel tidak mengesahkan atau menafikan menjalankan serangan konsulat Iran di Damsyik, membunuh 12 orang secara keseluruhan, termasuk tujuh anggota IRGC dan seorang anggota militia Hizbullah yang disokong Iran.

Israel kekal dalam keadaan berjaga-jaga terhadap jangkaan pembalasan Iran ekoran serangannya yang mengorbankan beberapa komander di Kedutaan Iran di Damsyik.

Israel bersedia “sebarang senario yang mungkin berkembang berhubung Iran,” kata kenyataan Menteri Pertahanan, Yoav Gallant selepas beliau mengadakan “penilaian situasi operasi” dengan pegawai kanan tentera pada Ahad, lapor The National.

Israel menghentikan semua cuti bagi unit tempur dan merangka pasukan simpanan untuk meningkatkan pertahanan udaranya minggu lalu selepas Tehran bertekad membalas serangan pada 1 April lalu.

Insiden serangan 1 April mengorbankan beberapa jeneral Iran, termasuk Komander Pasukan Quds Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Mohammad Reza Zahedi di Lubnan dan Syria.

Israel tidak mengesahkan atau menafikan menjalankan serangan konsulat Iran di Damsyik, membunuh 12 orang secara keseluruhan, termasuk tujuh anggota IRGC dan seorang anggota militia Hizbullah yang disokong Iran.

Bahagian konsulat meneruskan aktiviti pada Ahad selepas ia ditutup empat hari berikutan serangan itu, lapor agensi berita Iran ISNA.

Ketua staf bersama Iran, Jeneral Mohammad Bagheri memberitahu mereka yang berkabung di majlis pengebumian Jeneral Zahedi pada Jumaat bahawa Iran akan menentukan bagaimana dan bila, serangan itu dibalas.

“Masa, jenis, rancangan operasi akan ditentukan oleh kami, dengan cara membuat Israel menyesal apa yang dilakukannya,” katanya.

Setiausaha Agung Hizbullah Hassan Nasrallah, yang berpangkalan di Lubnan dan bersekutu dengan Tehran berjanji, “gerakan penentangan” pimpinan Iran akan membalas.

Pada Ahad, salah seorang penasihat kanan Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei mencadangkan tindakan balas dilakukan terhadap kedutaan Israel.

“Kedutaan rejim zionis tidak lagi selamat,” kata Yahya Rahim Safavi kepada agensi berita Iran ISNA. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

EVALI: Paru-paru pengguna vape 19 tahun seperti ‘kaca pecah’

Seorang remaja wanita di Amerika Syarikat (AS) terpaksa dibantu menggunakan alat bantuan pernafasan (ventilator) selepas tabiatnya menghisap e-rokok (vape) menyebabkan paru-parunya mengalami keradangan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang remaja wanita di Amerika Syarikat (AS) terpaksa dibantu menggunakan alat bantuan pernafasan (ventilator) selepas tabiatnya menghisap e-rokok (vape) menyebabkan paru-parunya mengalami keradangan.
  • Daily Mail melaporkan gadis berusia 19 tahun itu ke jabatan kecemasan dengan bacaan demam yang tinggi, kesukaran bernafas dan kekurangan oksigen dalam darah.
  • Remaja wanita itu pada awalnya didiagnosis dengan pneumonia (radang paru-paru) bakteria teruk yang menyebabkan dirinya dirawat menggunakan antibiotik.
  • Imbasan dilakukan menunjukkan bintik-bintik lut sinar seperti ‘kaca pecah’ di paru-parunya, menunjukkan paru-parunya dipenuhi cecair dan tanda berlakunya kerosakan tisu.
  • Mereka akhirnya bertanya sama ada remaja wanita itu pengguna e-rokok dan selepas mengenepikan Covid dan pneumonia disebabkan bakteria sebagai punca, dia didiagnos dengan Kerosakan Paru-Paru Berkaitan Penggunaan Produk E-rokok atau Vape (EVALI).

Seorang remaja wanita di Amerika Syarikat (AS) terpaksa dibantu menggunakan alat bantuan pernafasan (ventilator) selepas tabiatnya menghisap e-rokok (vape) menyebabkan paru-parunya mengalami keradangan.

Daily Mail melaporkan gadis berusia 19 tahun itu ke jabatan kecemasan dengan bacaan demam yang tinggi, kesukaran bernafas dan kekurangan oksigen dalam darah.

Remaja wanita itu pada awalnya didiagnosis dengan pneumonia (radang paru-paru) bakteria teruk yang menyebabkan dirinya dirawat menggunakan antibiotik.

Doktor kemudiannya bingung apabila rawatan antibiotik itu tidak menghasilkan kesan positif.

Imbasan dilakukan menunjukkan bintik-bintik lut sinar seperti ‘kaca pecah’ di paru-parunya, menunjukkan paru-parunya dipenuhi cecair dan tanda berlakunya kerosakan tisu.

Mereka akhirnya bertanya sama ada remaja wanita itu pengguna e-rokok dan selepas mengenepikan Covid dan pneumonia disebabkan bakteria sebagai punca, dia didiagnos dengan Kerosakan Paru-Paru Berkaitan Penggunaan Produk E-rokok atau Vape (EVALI).

EVALI menjadi kebimbangan selama bertahun-tahun di negara itu apabila kadar penggunaannya dalam kalangan remaja dilihat melonjak.

Laporan kesihatan awam menunjukkan sekitar 2,800 pesakit dimasukkan ke hospital disebabkan EVALI pada 2020, 15 peratus kes membabitkan remaja, isyarat bermulanya wabak kecil kes EVALI di seluruh AS.

Wanita muda itu mengalami gejala selama seminggu sebelum ke hospital, termasuk bacaan demam yang tinggi sehingga menggigil, batuk dan sesak nafas semasa berehat. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending