Antarabangsa
Impak boikot, McDonald’s Corporation ambil alih francais Israel
McDonald’s Corporation pada Khamis berkata ia akan memperoleh Alonyal, pemilik 225 restoran McDonald’s di Israel, yang dilanda serangan boikot disebabkan peperangan di Gaza.
- McDonald’s Corporation pada Khamis berkata ia akan memperoleh Alonyal, pemilik 225 restoran McDonald’s di Israel, yang dilanda serangan boikot disebabkan peperangan di Gaza.
- Terma transaksi berkenaan bagaimanapun tidak didedahkan. McDonald’s dalam satu kenyataan dipetik Times of Israel berkata transaksi itu tertakluk kepada syarat yang tidak dikenal pasti.
- Alonyal mengendalikan restoran McDonald’s di Israel selama lebih 30 tahun, memiliki 225 hartanah francais dengan lebih 5,000 pekerja, yang akan dikekalkan selepas penjualan.
- McDonald’s menjadi sasaran gesaan boikot selepas restoran francais di Israel itu menawarkan ribuan makanan percuma kepada tentera Israel.
- Saham McDonald’s merosot hampir dua peratus dalam dagangan selepas pasaran pada Khamis.
McDonald’s Corporation pada Khamis berkata ia akan memperoleh Alonyal, pemilik 225 restoran McDonald’s di Israel, yang dilanda serangan boikot disebabkan peperangan di Gaza.
Terma transaksi berkenaan bagaimanapun tidak didedahkan. McDonald’s dalam satu kenyataan dipetik Times of Israel berkata transaksi itu tertakluk kepada syarat yang tidak dikenal pasti.
Alonyal mengendalikan restoran McDonald’s di Israel selama lebih 30 tahun, memiliki 225 hartanah francais dengan lebih 5,000 pekerja, yang akan dikekalkan selepas penjualan.
McDonald’s menjadi sasaran gesaan boikot selepas restoran francais di Israel itu menawarkan ribuan makanan percuma kepada tentera Israel.
Jualan suku keempat McDonald mengecewakan penganalisis.
Di restoran francais luar Amerika Syarikat (AS), jualan setanding jatuh 0.7 peratus.
“Jelas sekali tempat yang dilihat memberi kesan yang paling ketara adalah di Timur Tengah. Kami melihat beberapa impak di negara Islam lain seperti Malaysia, Indonesia,” kata Ketua Eksekutif, Chris Kempczinski.
Ini juga berlaku di negara yang mempunyai populasi Muslim yang besar seperti Perancis, terutama sekali restoran di kawasan kejiranan yang terdapat ramai Muslim, katanya.
Saham McDonald’s merosot hampir dua peratus dalam dagangan selepas pasaran pada Khamis. – The Merdeka Times