Terkini
(VIDEO) “Semua orang di dunia perlu melihatnya”, Rakaman dron Israel bunuh rakyat Gaza
Al Jazeera semalam menyiarkan rakaman dron Israel yang dilapor menyasarkan empat rakyat Palestin di Khan Younis pada bulan lalu.

Al Jazeera semalam menyiarkan rakaman dron Israel yang dilapor menyasarkan empat rakyat Palestin di Khan Younis pada bulan lalu.
Mereka yang terbunuh di tengah-tengah runtuhan bandar di selatan Gaza disebabkan kenderaan udara tanpa pemandu itu kelihatan seperti lelaki muda atau remaja tidak bersenjata, lapor Common Dreams.
Menurut terjemahan liputan itu, mangsa yang terkorban tidak dapat dikenal pasti dalam laporan tersebut.
Biarpun Al Jazeera menganggap rakaman itu “terlalu grafik” untuk dimasukkan dalam liputan lintas langsung harian perang mereka, klipnya tersebar dengan cepat di media sosial dan pengkritik menyatakan kemarahan mereka kepada tentera rejim Israel.
“LUAR BIASA (outrageous) walaupun setelah berbulan-bulan kemarahan (outrage),” kata penganalisis politik Palestin Amerika, Yousef Munayyer.
“Video ini menunjukkan sebuah dron tentera Israel secara literal mengintai empat orang awam yang tidak bersenjata tanpa ancaman dan (mereka) dihapuskan satu demi satu!!!,” kata Yousef.
Tariq Kenney-Shawa, felo polisi Al-Shabaka Amerika Syarikat (AS) turut memberi komentar berkenaan video itu.
“Ini antara rakaman terburuk yang saya pernah lihat. Bukan sahaja budak-budak ini jelas tidak bersenjata dan tidak menunjukkan sebarang ancaman, tetapi mereka dibedil berkali-kali walaupun selepas mereka tersadung/merangkak pergi.
“Tidak sepatutnya mereka boleh dianggap sebagai pejuang (pihak lawan). Ini tidak benar (this is unreal),” kata Tariq.
Assal Rad, seorang penulis dengan Ph.D. dalam kajian sejarah Timur Tengah turut memberikan pandangannya.
“Pernahkah kita melihat begitu banyak jenayah perang berlaku di depan mata kita? Mana-mana negara yang masih menyediakan senjata dan bantuan kepada Israel terlibat dalam jenayah ini,” kata Assal.
Pemberi maklumat AS yang hidup dalam buangan, Edward Snowden menegaskan video itu perlu dilihat orang ramai.
“Semua orang di dunia perlu melihatnya. Ambil maklum bahawa rakaman ini tidak membuka ruang untuk (dikatakan) ‘ia satu kesilapan,’ penampakan serangan berulang yang disasarkan khusus ke atas mereka yang tidak bersenjata dan juga cedera,” kata Snowden di platform X. – The Merdeka Times
View this post on Instagram

You must be logged in to post a comment Login