Connect with us

Terkini

(VIDEO) MP DAP gesa Kod Etika Media baharu ditangguh, dibahas di Parlimen

Seorang Ahli Parlimen DAP menggesa pelaksanaan Kod Etika Wartawan Malaysia yang baru dilancarkan Kementerian Komunikasi baru-baru ini ditangguhkan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

MP DAP gesa Kod Etika Media
Foto: Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng (kanan).
  • Seorang Ahli Parlimen DAP menggesa pelaksanaan Kod Etika Wartawan Malaysia yang baru dilancarkan Kementerian Komunikasi baru-baru ini ditangguhkan.
  • Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng juga meminta kerajaan memperjelaskan pelaksanaan kod etika itu di Dewan Rakyat untuk memberi peluang kepada Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang untuk membahaskannya.
  • “Saya sedih sebab ahli-ahli Parlimen tidak pernah diberi taklimat, briefing, oleh kerajaan sebelum pelaksanaan Kod Etika media ini. 
  • “Saya nak tanya bagaimana Ahli Parlimen boleh menyokong kerajaan dalam isu ini, apabila we were kept in the dark (kami tidak dimaklumkan) dengan izin. ,” katanya di Dewan Rakyat, semalam.
  • Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada 20 Februari lalu melancarkan Kod Etika Wartawan Malaysia sebagai garis panduan untuk agensi media melaksanakan tugas yang mengandungi lapan etika utama iaitu wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk, telus, berintegriti dan adil dalam menyampaikan informasi.
  • Lip Eng berkata dia sendiri berasa kecewa dengan keputusan kerajaan itu dan berada dalam dilema sama ada mahu menyokong atau mengkritik pelaksanaan kod etika tersebut. 

KUALA LUMPUR —  Seorang Ahli Parlimen DAP menggesa pelaksanaan Kod Etika Wartawan Malaysia yang baru dilancarkan Kementerian Komunikasi baru-baru ini ditangguhkan.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng juga meminta kerajaan memperjelaskan pelaksanaan kod etika itu di Dewan Rakyat untuk memberi peluang kepada Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang untuk membahaskannya.

Katanya, ini kerana kerajaan tidak pernah melakukan sebarang taklimat kepada Ahli Parlimen berkenaan pelaksanaan kod etika itu sebelum ia dilancarkan.

“Saya sangat sedih dan kecewa, terkejut dengan keputusan kerajaan semalam untuk melaksanakan Kod Etika untuk media. 

“Saya sedih sebab Ahli-ahli Parlimen tidak pernah diberi taklimat, briefing, oleh kerajaan sebelum pelaksanaan Kod Etika media ini. 

“Saya nak tanya bagaimana Ahli Parlimen boleh menyokong kerajaan dalam isu ini, apabila we were kept in the dark (kami tidak dimaklumkan) dengan izin? 

“Saya juga berasa segan apabila ditanya oleh kawan-kawan daripada media, (apakah) rasional kod etika ini?,” katanya di Dewan Rakyat, semalam.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada 20 Februari lalu melancarkan Kod Etika Wartawan Malaysia sebagai garis panduan untuk agensi media melaksanakan tugas yang mengandungi lapan etika utama iaitu wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk, telus, berintegriti dan adil dalam menyampaikan informasi.

Etika lain adalah pemberitaan tidak dipengaruhi kepentingan peribadi, kesahihan dan ketetapan maklumat dan wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber. 

Selain itu, wartawan perlu memahami undang-undang, akta dan polisi berkaitan ruang lingkup tugas mereka dan memberi keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan.

Bagaimanapun ia mendapat bantahan dan kritikan termasuk daripada pengamal media dan Lawyers For Liberty (LFL) yang dilaporkan mendakwa Kod Etika Wartawan Malaysia versi baharu itu adalah percubaan untuk mengawal media.

Mengulas lanjut, Lip Eng berkata dia sendiri berasa kecewa dengan keputusan kerajaan itu dan berada dalam dilema sama ada mahu menyokong atau mengkritik pelaksanaan kod etika tersebut. — The Merdeka Times

Author