Connect with us

Antarabangsa

Utusan China bertemu pemimpin Hamas

Utusan Kementerian Luar China bertemu dengan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di Qatar pada Selasa.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Utusan Kementerian Luar China, Wang Kejian (kiri) & Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh (kanan).
  • Utusan Kementerian Luar China bertemu dengan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di Qatar pada Selasa.
  • Kementerian Luar China dalam satu kenyataan ringkas berkata Duta Besar, Wang Kejian bertemu Haniyeh pada Ahad dan mereka berdua “bertukar pandangan mengenai konflik di Gaza dan beberapa isu lain,” lapor MEMO.
  • Pertemuan itu merupakan pertemuan awam pertama di antara Beijing dan kumpulan pembebasan Palestin yang mentadbir Gaza sejak 7 Oktober lalu selepas Israel melancarkan kempen pengeboman besar-besaran di wilayah konflik itu.

Utusan Kementerian Luar China bertemu dengan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di Qatar pada Selasa.

Kementerian Luar China dalam satu kenyataan ringkas berkata Duta Besar, Wang Kejian bertemu Haniyeh pada Ahad dan mereka berdua “bertukar pandangan mengenai konflik di Gaza dan beberapa isu lain,” lapor MEMO.

Pertemuan itu merupakan pertemuan awam pertama di antara Beijing dan kumpulan pembebasan Palestin yang mentadbir Gaza sejak 7 Oktober lalu selepas Israel melancarkan kempen pengeboman besar-besaran di wilayah konflik itu.

The Jerusalem Post yang memetik Hamas melaporkan Haniyeh memberitahu utusan China itu bahawa perang perlu ditamatkan dengan segera. 

Beliau juga berkata Israel mesti menarik keluar tenteranya dari Gaza dan sebuah negara Palestin merdeka harus ditubuhkan.

Di Beijing, Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian memberikan respons terhadap serbuan Israel ke atas Hospital Al-Shifa di Bandar Gaza semalam.

“Apa yang berlaku di Hospital Al-Shifa mencerminkan krisis kemanusiaan di Gaza.

“Perkara paling utama sekarang adalah supaya direalisasikan segera gencatan senjata, orang awam dilindungi sebaik mungkin, korban nyawa yang tinggi dielakkan dan (sekatan) krisis kemanusiaan diangkat,” kata Lin Jian.

Menurut media penyiaran awam Israel KAN, sekitar 80 rakyat Palestin ditahan berikutan serbuan yang dilakukan di Kompleks Perubatan Al-Shifa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *