Terkini
Tidak tahu berbahasa Inggeris, pelancong warga China dikritik netizen
Netizen mengkritik seorang warga China yang melancong ke Malaysia, namun tidak tahu berbahasa Inggeris.
- Netizen mengkritik seorang warga China yang melancong ke Malaysia, namun tidak tahu berbahasa Inggeris.
- Ia ekoran video tular di media sosial baru-baru ini yang menunjukkan seorang lelaki warga China cuba mendaftar masuk di sebuah hotel mengalami kesukaran kerana halangan bahasa.
- Dalam video berdurasi 4 minit 14 saat itu, lelaki itu dilihat cuba berkomunikasi dalam bahasa Mandarin, namun pekerja hotel hanya boleh berbahasa Inggeris.
- Ada netizen berpandangan bahawa pihak pengurusan hotel sepatutnya mencari pekerja yang fasih berbahasa Mandarin untuk memudahkan pelancong.
- Namun, ada juga berpendapat pelancong itu perlu menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa ketika melancong ke luar negara.
KUALA LUMPUR – Netizen mengkritik seorang warga China yang melancong ke Malaysia, namun tidak tahu berbahasa Inggeris.
Ia ekoran video tular di media sosial baru-baru ini yang menunjukkan seorang lelaki warga China cuba mendaftar masuk di sebuah hotel mengalami kesukaran kerana halangan bahasa.
Dalam video berdurasi 4 minit 14 saat itu, lelaki itu dilihat cuba berkomunikasi dalam bahasa Mandarin, namun pekerja hotel hanya boleh berbahasa Inggeris.
Ada netizen berpandangan bahawa pihak pengurusan hotel sepatutnya mencari pekerja yang fasih berbahasa Mandarin untuk memudahkan pelancong.
Namun, ada juga berpendapat pelancong itu perlu menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa ketika melancong ke luar negara.
“Bahasa Inggeris asas pun tidak tahu, memalukan!” kata netizen, David Chong Vui di ruangan komen hantaran Facebook Sin Chew Daily.
Netizen bernama Vivian pula berkata pelancong itu sepatutnya belajar bahasa Inggeris.
“Kalau nak melancong ke luar negara kena belajar bahasa Inggeris untuk kemudahan,” kata Vivian.
Terdapat netizen berbangsa Cina bersyukur sebagai rakyat Malaysia.
“Saya rasa bersyukur sebagai Cina Malaysia,” kata netizen. – The Merdeka Times