Antarabangsa
(VIDEO) Tendang jemaah solat Jumaat, Polis Delhi digantung tugas
Sebuah video menunjukkan seorang pegawai polis Delhi menendang jemaah Muslim yang menunaikan solat Jumaat di jalan raya mencetuskan kemarahan pelbagai pihak.

- Sebuah video menunjukkan seorang pegawai polis Delhi menendang jemaah Muslim yang menunaikan solat Jumaat di jalan raya mencetuskan kemarahan pelbagai pihak.
- India Today pada 8 Mac melaporkan pegawai polis itu digantung kerja berkuat kuasa serta-merta disebabkan insiden tersebut.
- Orang ramai berkumpul di masjid sekitar kawasan Inderlok di Delhi pada Jumaat menyebabkan beberapa yang lain terpaksa bersolat di jalan raya akibat kesesakan.
- Semasa solat, beberapa pegawai polis tiba di tempat kejadian cuba menyuraikan orang ramai.
- Video kejadian menunjukkan salah seorang pegawai polis menendang dan memukul beberapa lelaki yang sedang bersujud ketika solat.
Sebuah video menunjukkan seorang pegawai polis Delhi menendang jemaah Muslim yang menunaikan solat Jumaat di jalan raya mencetuskan kemarahan pelbagai pihak.
India Today pada 8 Mac melaporkan pegawai polis itu digantung kerja berkuat kuasa serta-merta disebabkan insiden tersebut.
Orang ramai berkumpul di masjid sekitar kawasan Inderlok di Delhi pada Jumaat, menyebabkan beberapa yang lain terpaksa bersolat di jalan raya akibat kesesakan.
Semasa solat, beberapa pegawai polis tiba di tempat kejadian cuba menyuraikan orang ramai.
Video kejadian menunjukkan salah seorang pegawai polis menendang dan memukul beberapa lelaki yang sedang bersujud ketika solat.
Tindakan itu mencetuskan kemarahan ramai dengan orang ramai mula mengerumuni polis tersebut membantah tindakannya.
Ekoran insiden itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis (utara), MK Meena mengeluarkan kenyataan mengesahkan siasatan berhubung perkara itu telah dimulakan.
Pegawai itu dilaporkan digantung kerja berkuat kuasa serta-merta dan tindakan tatatertib juga akan diambil, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis itu.
Ahli Parlimen Kongres Rajya Sabha, Imran Pratapgarhi berkongsi video insiden itu dan menyuarakan pendapatnya berkenaan insiden itu.
“Askar Polis Delhi yang menendang seseorang ketika sedang menunaikan solat ini mungkin tidak memahami prinsip asas kemanusiaan.
“Apakah kebencian yang tersirat di dalam hati tentera ini? Polis Delhi dipohon memfailkan kes terhadap pegawai ini di bawah seksyen bersesuaian dan perkhidmatannya ditamatkan,” kata Pratapghari. – The Merdeka Times
View this post on Instagram
