Terkini
Skor TP dimansuh diganti kepada peratus, gred – Menteri Pendidikan
Pelaporan tahap penguasaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) bagi semua mata pelajaran murid di sekolah akan ditukar dalam bentuk peratus dan gred, bermula sesi persekolahan ini.

- Pelaporan tahap penguasaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) bagi semua mata pelajaran murid di sekolah akan ditukar dalam bentuk peratus dan gred, bermula sesi persekolahan ini.
- “Sebelum ini, berlaku pertikaian dalam kalangan ibu bapa yang mempersoal bagaimana nak ukur prestasi pembelajaran anak mereka.
- “Sebagai contoh, TP 6 itu apa (maksudnya tahap penguasaan bagaimana) dan selepas ini tiada lagi paparan TP sebaliknya ia dipaparkan dalam bentuk peratus dan gred.
- “Bagaimanapun, penggunaan TP masih digunapakai dalam pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) namun, bagi pelaporan UASA ia dikeluarkan dalam bentuk peratus dan gred,” katanya dipetik Kosmo pada sidang akhbar khas Intervensi Kurikulum di Putrajaya, hari ini.
KUALA LUMPUR — Pelaporan tahap penguasaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) bagi semua mata pelajaran murid di sekolah akan ditukar dalam bentuk peratus dan gred, bermula sesi persekolahan ini.
Berbanding sebelum ini, skor setiap mata pelajaran bagi UASA dipaparkan dalam bentuk tahap penguasaan (TP) iaitu antara satu hingga enam.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata perubahan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan ibu bapa yang keliru dengan pelaporan TP sebelum ini.
“Sebelum ini, berlaku pertikaian dalam kalangan ibu bapa yang mempersoal bagaimana nak ukur prestasi pembelajaran anak mereka.
“Sebagai contoh, TP 6 itu apa (maksudnya tahap penguasaan bagaimana) dan selepas ini tiada lagi paparan TP sebaliknya ia dipaparkan dalam bentuk peratus dan gred.
“Bagaimanapun, penggunaan TP masih digunapakai dalam pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) namun, bagi pelaporan UASA ia dikeluarkan dalam bentuk peratus dan gred,” katanya dipetik Kosmo pada sidang akhbar khas Intervensi Kurikulum di Putrajaya, hari ini. — The Merdeka Times

You must be logged in to post a comment Login