Connect with us

Terkini

(VIDEO) Semak semula struktur mahkamah syariah – Sultan Kedah

Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mahu kerajaan menyemak semula struktur mahkamah syariah seperti sistem hierarkinya supaya memberi lebih ruang keadilan kepada pihak terlibat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Semak semula struktur mahkamah syariah – Sultan Kedah
Foto: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
  • Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah kedudukan jawatan Hakim Mahkamah Syariah juga perlu ditambah baik supaya setanding dengan sistem diguna pakai di Mahkamah Sivil.
  • “Mahkamah syariah adalah merupakan obor keadilan agama Islam yang merupakan agama rasmi negeri ini. 
  • “Oleh yang demikian, Beta mahu mahkamah syariah menjadi sebuah institusi yang penting sesuai dengan kedudukan Islam di negeri ini.
  • “Sebagai langkah pemerkasaan penubuhan mahkamah syariah hendaklah diletakkan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah sebagaimana mahkamah sivil disebut dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan,” titah baginda pada Istiadat Perasmian Pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang ke-15 di Wisma Darul Aman di Alor Setar, hari ini.

KUALA LUMPUR —  Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mahu kerajaan menyemak semula struktur mahkamah syariah seperti sistem hierarkinya supaya memberi lebih ruang keadilan kepada pihak terlibat.

Baginda bertitah kedudukan jawatan Hakim Mahkamah Syariah juga perlu ditambah baik supaya setanding dengan sistem diguna pakai di Mahkamah Sivil.

Baginda mahukan Mahkamah Syariah menjadi sebuah institusi yang penting sesuai dengan kedudukan Islam di negeri ini.

“Mahkamah syariah adalah merupakan obor keadilan agama Islam yang merupakan agama rasmi negeri ini. 

“Oleh yang demikian, Beta mahu mahkamah syariah menjadi sebuah institusi yang penting sesuai dengan kedudukan Islam di negeri ini.

“Sebagai langkah pemerkasaan penubuhan mahkamah syariah hendaklah diletakkan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah sebagaimana mahkamah sivil disebut dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan,” titah baginda pada Istiadat Perasmian Pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang ke-15 di Wisma Darul Aman di Alor Setar, hari ini.

Baginda turut mengharapkan  usaha itu dapat disegerakan demi memartabatkan ketinggian institusi mahkamah syariah di negeri Kedah. 

Terdahulu, media melaporkan terdapat tujuh enakmen dalam undang-undang syariah Kedah mempunyai persamaan dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 yang dibatalkan Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari lalu.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, termasuk bagi kesalahan liwat, gangguan seksual, menawarkan atau menyediakan khidmat maksiat dan memusnahkan atau mencemar rumah ibadat, adalah terbatal dan tidak sah.

Panel lapan hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas membenarkan petisyen dikemukakan peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman.

Tengku Maimun dalam penghakiman panel itu dilaporkan sebagai berkata, mahkamah membenarkan petisyen itu kerana DUN membuat undang-undang yang ia tidak mempunyai kuasa untuk membuatnya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *