Terkini
MIC desak kerakyatan lelaki hina Islam dan Sultan Selangor dilucutkan
Kongres India Malaysia (MIC) mendesak kewarganegaraan N. Ganesparan dilucutkan susulan tindakannya menghina agama Islam dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta membuat tohmahan ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini.
- Kongres India Malaysia (MIC) mendesak kewarganegaraan N. Ganesparan dilucutkan susulan tindakannya menghina agama Islam dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta membuat tohmahan ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini.
- Ketua Penerangan MIC Kebangsaan, Thinalan T Rajagopalu berkata pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan N. Ganesparan yang berselindung di negara Jerman dan mengeluarkan video berbaur penghinaan itu.
- Katanya, oleh kerana individu itu tidak lagi setia kepada negara melalui tindakan atau percakapannya sebagaimana termaktub dalam perlembagaan negara ini, maka kerakyatannya perlu dilucutkan.
- “Individu seperti N. Ganesparan adalah ancaman kepada perpaduan dan keharmonian negara, yang boleh menyebabkan kegusaran awam dan membangkitkan sensitiviti agama yang boleh menyebabkan pergolakan serta perpecahan kaum dan bangsa.
- “Maka, MIC menggesa agar tindakan segera diambil oleh Kerajaan agar anasir tidak setia kepada negara sebegini dibendung dari terus mengancam dan mencemari keharmonian rakyat dan negara kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
KUALA LUMPUR – Kongres India Malaysia (MIC) mendesak kewarganegaraan N. Ganesparan dilucutkan susulan tindakannya menghina agama Islam dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta membuat tohmahan ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini.
Ketua Penerangan MIC Kebangsaan, Thinalan T Rajagopalu berkata pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Ganesparan yang berselindung di Jerman dan mengeluarkan video berbaur penghinaan itu.
Katanya, oleh kerana individu itu tidak lagi setia kepada negara melalui tindakan atau percakapannya sebagaimana termaktub dalam perlembagaan negara ini, maka kerakyatannya perlu dilucutkan.
“Individu seperti N. Ganesparan adalah ancaman kepada perpaduan dan keharmonian negara, yang boleh menyebabkan kegusaran awam dan membangkitkan sensitiviti agama yang boleh menyebabkan pergolakan serta perpecahan kaum dan bangsa.
“Maka, MIC menggesa agar tindakan segera diambil oleh Kerajaan agar anasir tidak setia kepada negara sebegini dibendung dari terus mengancam dan mencemari keharmonian rakyat dan negara kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan sebagai berkata PDRM sebelum ini pernah memohon notis merah kepada Interpol terhadap lelaki berkenaan.
Bagaimanapun, notis merah gagal dikeluarkan terhadap Ganesparan susulan kesalahan membabitkan isu agama dan perkauman tidak tersenarai dalam Artikel 3, Polis Antarabangsa (Interpol).
Justeru, pihaknya mengambil tindakan lanjut dengan meminta Jabatan Imigresen Malaysia untuk membatalkan pasport milik Ganesparan pada November 2020.
“Ganesparan bukan karakter asing kerana di dah buat onar sejak tahun 2017 atau 2018 lagi. Ini bukan kali pertama dia sentuh perihal raja, agama dan politik.
“Sejak 2018 sehinggalah semalam, sebanyak 22 kes membabitkan Ganesparan. Apabila disiasat, pada tahun 2018 dia telah keluar negara dan sehingga ke hari ini belum dikesan kembali ke dalam negara,” katanya dipetik media tempatan pada Rabu. — The Merdeka Times